Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 15, 2010

Mawi Bingong kerana di "Boooo"

Share







Sensasi:Kesian kat Mawi kene Booo...ntah hape2 je ..org2 yang booo kan org lain mmg takde adab la..mcm org utan yang tak bertamadun..pelik jer...if x suka pun xperlu la sampai nak buat mcm tue dpn org ramai,di acara yang dpt coverage meluas...Bila kita malukan org,satu hari nanti kita akan dimalukan balik,...huhu..tak faham dgn dunia skrg....yg sensasi tambah bengang,apa la salah si Mawi nie? benci org2 yg booo tue...u sux!


PERISTIWA di'boo' penonton ketika malam Anugerah Bintang popular yang berlangsung baru-baru ini, penyanyi dan penerbit, Asmawi Ani memberitahu perkara tersebut masih menimbulkan persoalan kepadanya.

Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor, ini, dia keliru dan tertanya-tanya kenapa perkara begitu berlaku kepadanya di dalam majlis yang gilang gemilang itu.

"Saya sendiri tertanya-tanya kenapa perkara begitu boleh terjadi kepada saya, saya tidak buat salah. Secara jujur kalau boleh saya nak tahu jawapannya.

"Bagi saya kalau mereka tidak suka, tidak perlu 'boo'. Sebab kita datang ke sesebuah majlis adalah untuk memeriahkan majlis dan beri sokongan bukan untuk merosakkan atau memalukan orang.

"Saya sedih sebab sebelum ini belum pernah terjadi perkara-perkara sebegitu dan saya harap ia tidak berulang pada majlis anugerah yang akan datang," ujarnya yang bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Industri Muzik akan datang.

Dalam pada itu, Mawi yang baru sahaja keluar dengan produk terbarunya, telemovie Jiwa Kacau pada 11 April lalu memberitahu pembabitannya dalam bidang produksi adalah sebagai langkah untuk masa akan datang.


Mawi dan isterinya, Ekin.

"Industri hiburan terlalu besar, bukan hanya bidang nyanyian sahaja. Saya cuba beralih ke bidang produksi bagi memantapkan lagi empayar saya.

"Saya mahu peminat saya tahu saya masih aktif dalam industri ini. Saya juga terfikir tak kan mahu menyanyi sampai tua," jelasnya.

Selain itu, ketika ditanya tentang populariti yang semakin menurun, Mawi memberitahu dia sudah bersedia menghadapinya.

"Sebelum saya menjadi artis, saya berada di bawah jadi kalau sekalipun saya jatuh dan tidak popular saya tidak rasa terkejut sebab saya pernah melaluinya.

"Hidup ini seperti roda, kadang kala kita berada di atas dan kadang kala di bawah, saya perlu menerimanya sebab itulah lumrah kehidupan," ujarnya.

Raja SMS ini turut mengakui hal-hal peribadinya sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhannya.

"Saya akui hal peribadi saya memberi kesan sampingan kepada populariti namun ia bukan faktor utama. Saya sedar tahun lalu saya agak slow sedikit.

"Insya Allah tahun ini saya akan keluar dengan lebih banyak drama dan sebuah album duet dan filem Magika," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

memang patut di boooooo
ini world (DUNIA) bukan milik mawi.....it human world.
apa punya bodoh mawi ni.

maria said...

mawi world tue hanya lah tag saja..tue pun bukan maksdnya dunia mawi yg punya..tue hanya sekadar gimik sahaja...yg kamu dengki sgt apsal..booopd kamu

Anonymous said...

boo je orng cmni....bdk x sekolah yg x sedar dri...

barbie said...

hey anonymous..u said as u never went to school..u r bullshit..haha.. hidup xde adab,suke tgk kejatuhan org..boooo for u fucker!

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-