Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, April 30, 2010

Laporan Polis oleh Kawan AminulRashid.Adakah Polis Sengaja mereka cerita untuk menutup kesalahan pihak Polis?KEJAM!

Share










Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...


Sila bandingkan dengan laporan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis kepada media, terutamanya tentang "merempuh", "mengundur kereta", "samun berkumpulan", dan sebagainya!


Laporan awal yang disiarkan dalam Utusan Malaysia:


Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.


Sensasi:Kalau lah polis tue tak sengaja menembak Aminul Rashid perlukah laporan akhbar dibuat mengatakan bahawa budak tue penjenanyah untuk menutup kesalahan polis?

17 comments:

Anonymous said...

aku mmg pcaya laporan budak 2 dri laporan polis.sekarang ni da mcm polis yg paling bkuasa.bukan undang2 lg.harap2 pihak atasan dapat selidik hal2 mcm ni.tq

Anonymous said...

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.


x bahaya ke cara die bawak kete tu?

Anonymous said...

ya betul. polis tembak budak memang salah. tembak penjenayah pun salah. lari dari polis pun salah. alah... semuanya salah polis lah. polis memang kejam. tembak orang suka hati. kalau tak lagi ramai orang jahat kat malaysia ni.
boleh la kita tidur tak lena waktu malam pasal orang nak pecah rumah kita. boleh la kita takut keluar rumah pasal orang nak rompak kita. ya... pasal semuanya kerana polis kejam.
tembak budak tu lagi la kejam. agak2 kalau dia berhenti, dia kena tembak tak? kalau kena tembak, mesti polis tu lagi kejam. betul tak?

Anonymous said...

kita tak bole berat pada mana2 pihak kerana kita x de kat tempat kjadian dan tak bole percaya mana2 pihak selagi tiada siasatan menyeluruh dibuat.cuma yang dikesalkan bagaimana ibu bapa/penjaga bole benarkan budak yang berusia 15 tahun pandu kereta dan biarkan keluar lewat malam macam tu.kalau ibu bapa/penjaga nya concern dan waras,benda ni takkan jadi at the 1st place.cegah sebelum padah.jangan salahkan pencuri bile pintu rumah tak di kunci..

Anonymous said...

Kalaulah kita sendiri yang jadi polis berkenaan, pa agaknya tindakn kita yerrr?? iyer ler dlm situasi kereta dipandu laju, disuruh berhenti tp tak berhenti, awal pagi (1-2pg)plak tu, rasanya kalo isteri nak bersalin logik jgak dipandu laju tapi kalo polis suruh berhenti, berhenti jgak rsnya..mmmm ntah la zaman skrg salah ble jd betul, yg betul boleh disalahkan..pikir2 lerrrr

Anonymous said...

salam, saya tak tahu hal sebenar, saya jugak tak memihak mana-mana, cuma ada beberapa kenyataan yang tak masuk akal. contoh nya, kenyataan mula-mula disiarkan. Kakak mangsa membuat kenyataan yang dia sendiri tak tau adik nyer boleh memandu kereta. Kedua, polis tetiba mengejar mangsa. Ketiga, mangsa tak behenti langsung kereta nya walau polis da tembak bertalu-talu. Keempat, mangsa keluar sehingga lewat malam tanpa diketahui tujuan sebenar dia kemana. Kelima, urusan polis bercampur aduk dengan tohmahan dan kenyataan yang bertindan... Sebagai pendengar dan pembaca, saya rasa biar la kita pikirkan kebenaran nye, sebagai hamba allah, jika saya dikejar seseorang, saya akan menahan kereta polis untuk bantuan, pelik disini kenyataan banyak menunjukan mangsa KETAKUTAN. Kenyataan rakan nya pon agak meragukan. Entah la, anda fikir-fikirkan

Anonymous said...

kenapa saksi utama tunggu sehingga polis buat kenyataan mereka penjenayah baru tampilkan diri membuat laporan? Itupun datang bersama lawyer..bila dah diskus ngan lawyer yg memang bersalah pun tetap tak salah..kalo tak pa gunanya lawyer kannnn..

Anonymous said...

yg paling tak puas hati macam mana polis yang ramai tu tak dapat nak tahan saksi utama di tempat kejadian??? saksi utama cuma 15thn polis tu plak kurang 20an ramai plak tu.. kalo macam ni la, ramai penjenayah akan lolos.. yer ler dah da depan mata, sorang lwn ramai tp stil menang yg sorang.. tak ker pelik tuuu??? musykil aku pakai ilmu pa la budak ni??

Anonymous said...

memangle kalu kita anak mati memangle sedih,tapi jgnle nak jadikan og lain kambing hitamnye.terimalah kenyataan bahawa kematian pasti dtg itu cuma penyebab je,

Anonymous said...

aku bukan polis, dan aku takde kawan polis. tapi aku dah selalu kena dengan polis.
Cuma aku nak kata dalam hal ni, budak tu dengan mak dia pun salah.
Pagi tu, aku nak gi opis, tapi polis sudah tahan aku pukul 6.30 pagi. Dia kata aku memandu dalam keadaan mencurigakan. Pas tu dia inform, kat Melaka awal pagi tu ada samun berkumpulan, seorang ditembak di perut dan melarikan diri dengan kawan dia. So, kes budak kena tembak ni pun aku tak musykil, pasal maybe, polis suspect dia penyamun yang lari dari Melaka tu.
Yang budak tu, sapa ajar dia memandu takde lesen. Sapa bagi kebenaran memandu, atau bagi pegang stereng sebelum umur? Mak dia boleh kena caj pengabaian atau kecuaian bagi bawah umur. Dah tau takde lesen, nak jugak pergi huha huha pukul 1 pagi, apakebenda? Dah tau nak gi skolah, pergi la tido awal. Yang emaknya tak jaga ke anak bujang tu? atau sebok buat benda lain?

wan said...

polis x boleh tembak orang ikut suka hati dia..melainkan orang polis tu nak tahan mulakan tembakan dulu
baru polis patut balas balik tembakan..
klau mcm kes nie..patutnya polis tu cuma boleh pintas dan tahan jew keta budak 2..soal siasat dulu.bkannya boleh tembak cm 2 jew..

wan said...

Lebih baik tersalah ampun dari tersalah menghukum...

Anonymous said...

gile korg nih....mak, bapak, tok, tok wan, kak, abg, jiran dia kata dia baik ooooo.....mak dia knai ank dia....haha....sm pekak ngn anak....elok la 2....buat pgajaran....moga2 pas ni da byk g kes cm ni.....org mlayu kn.... bkn nk blaja dari kslhn....tp blajar dengan mengikut kesalahan org len.....

Anonymous said...

kalo btol pon pe polis tu wat,da tembak tayar tu da ckup,confrm kete tu xleh nk g jao da..ni yg tmbak btalu2 smpi kene pale pe cite..kn?da tmbak tyar n tnggu kete tu stop da la..n xyah la wat cite kete nk merempuh polis la..

Anonymous said...

Aku rase dalam kes ni polis salah dan budak tu pun salah.. Budak tu salah sebab dia xde lesen dan melarikan diri daripada polis.. Polis tu pulak salah sebab lepaskan tembakan membabi buta dan mereka2 cerita supaya orang awam x pertikaikan kuasa polis.. So lu pikir la sendiri sape yg salah.. Bukan senang nk tegakkan keadilan kalau dua2 pihak pun buat salah..

Anonymous said...

sdey nya...menngal sbb kne tembak...semoga roh arwah amirul tenang d sna dan ditempatkan d klangan org2 yg briman....Amin...Al-fatihah...

Anonymous said...

:'(

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-