Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 22, 2010

Kes Buli Di Sekolah ..Salah siapa?sedikit pendapat dari pengalaman Sensasi

Share










Ok lah since sensasi dpt beberapa feedback tentang org2 yang tidak setuju dgn kenyataan sensasi di post yang lepas dimana sensasi ckp "dimana cikgu?" lihat post yang lepas


Ibu bapa dan guru memainkan peranan pening dalam mendidik anak-anak...

Tp halnya dalam kes buli tersebut,perkara tue berlaku di sekolah dimana ibu bapa tak ada untuk memantau anak2 mereka,disinilah guru diamanahkan untuk mendidik dan menjaga anak-anak murid mereka...

kadang2 pelajar2 nie dirumah baik sgt depan mak bapak pijak semut pun tak mati..tp disekolah..huh mcm samseng bukan main...

Mereka adalah tergolong dalam kategori pelajar yg bermasalah..

Dimana guru semasa pelajar2 bermasalah nie berleluasa..?membuli anak2 org lain..?

tak mungkin guru2 tak tahu ...samada mereka tahu tapi tak ambil peduli..atau mereka tak tahu dan tak ambil peduli..sebab itulah benda2 nie boleh terjadi..

kenapa disekolah2 seperti MRSM,sekolah Sains,atau sekolah pelajar2 pandai kurang kes pelajar jahat,pelajar buli dan sebagainya sebab guru2 mereka prihatin dgn pelajar dan masalah pelajar..

kalau ada kes buli,akan ada pelajar lain yg masuk campur mereport kepada pengetua..pengetua tahu hal nie terus ambil tindakan samada untuk kaunselling,atau disiplin.

sensasi pernah bersekolah di sekolah dimana guru2 amat pritahin dan sygkan murid2,dan murid2 amat menghormati guru...

bila ada pelajar bermasalahsemua guru masuk campur,kaunselling,motivasi,ceramah agama,semua secara psikologi yang baek..budak2 yang pada asalnya "jahat" dan nakal..menjadi lembut hati dgn cara didikan guru2...

mcm2 pendekatan diambil oleh guru2 untuk 'menjinakkan' pelajar...semua nya njadi bersemangat setiakawan,tolong menolong dan saling sayang emnyayangi...Kerana guru,murid boleh menjadi insan yang lebih baik...

walaupun pada aslnya pelajar tue dtg dr keluarga bermasalah,tp sebab didikan ,panduan dan ajaran guru2 manpu mengubah pelajar...

mereka(murid) tidak cukup akal lagi,cetek pengetahuan tau nak seronok saja....cikgulah yg boleh membimbing mereka selain peranan penting ibu bapa sendiri...

tp bila jd kes buli di sekolah yg dah berlanjutan lama,memang sensasi salahkan guru2...benda jadi kat skolah..mmg buta ke cikgu2 dan pelajar lain?
nak salahkan mak bapak,bukan derang ada kat skolah masa tue,..

bila masalah sosial tue berlaku diluar waktu sekolah then ibu bapa mmg harus dipersalahkan..tp kalau berlaku di sekolah dimana dibawah pengawasan dan pemantauan pihak sekolah,pihak sekolahlah yg harus dipersalahkan..

kenapa harus dibiarkan pelajar2 tue..buatlah kaunselling ke,kelas agama ke,kelas moralke,hantar ceramah motivasi ke...cuba dekati pelajar2 bermasalah....bila cikgu ambil berat murid2 pun lambat laun pasti terasa..eyh cikgu nie betul2 sygkan kami...

Sensasi amat sygkan guru2 sensasi...kerana meraka adalah pendidik ,yg akan dikenang jasa nya seumur hidup.

2 comments:

bekas murid said...

Saya nak buat bantahan kepada sensasi
saya adalah seorang murid yg statusnya bukan MRSM, SMKA, SMS, atau mana SBP yang lain.
Kes ni berlaku dihadapan saya. seorang guru menegur seorang murid yang ponteng kelas di dalam tandas. tetapi teguran tu dibalas dgn maki hamun murid tersebut. walhal guru tersebut tidak mengeluarkan kata-kata amarah apatah lagi kesat. tetapi maki hamun yg dibalas oleh murid.
Selepas itu, guru tadi cuba menggikan suara dgn menyatakan mana rasa hormat murid terbabit padanya, tetapi apa yg menarik yg sensasi nak tahu, murid tadi terus mencekak leher cikgu saya dan terus mengangkat leher cikgu saya itu.. sampai hati...
kesannya, leher cgu saya ada kesan cekikkan tersebut.
Guru terbabit buat rawatan dan buat laporan polis. sensai tahu, apa yg jadi, Pada masa itu Tim Menteri Pendidikan mengarahkan guru menarik laporan terbabit kerana beranggapan kes guru akan kalah kalau masuk mahkamah, pada hal, ada guru lain yg menyaksikan keadaan itu,
sensasi tahu, apa jadi suasana di dewan sekolah saya, riuh rendahla, bila meneteri ckp mcm tu.. yg plg suka, bdk tula. sampai hati dia.
Selepas tu, mlmnya, dia boleh belanja kwn2 dia mkn dan berkaroke. Salah siapa? Cikgu? pada saya bukan salah cikgu, tapi salah mak bapa yg kurang menerapkan budaya islam dalah kehidupan.
Allah sebut, bak kata ustaz sekolah agama petang saya. lahirnya anak itu umpama kain putih, jadi yang mencorakkannya menjadi yahudi atau nasrani ialah ibu dan bapa... ni kata Allah. Sapa nak lwn, silakan.. tapi kamu akan membuktikan diri kamu tidak percaya dgn janji Allah... jadi adakah Allah suruh cikgu? tidak!!! Kesian cikgu saya, dahlah dia menjadi perantara ilmu Allah kepada anak murid tapi inilah balasan anak didik..... Jelas kiamat sudah dekat...

Rafidah said...

To Sensasi. Lebih baik jgn terlalu mudah menyalahkan sipolan atau sipolan. setuju dgn bekas anak murid. bila sampai satu tahap, tiada orang lain yg boleh dipersalahkan. semua terletak di tangan empunya diri. saya adalah anak yg membesar tanpa kasih sayang ibu bapa (ditinggaklan ketika berusia 3 thn), belajar berdikari sehingga mampu menjadi guru dan insya Allah berjaya mendidik orang lain. Allah anugerahkan kita akal fikiran utk membolehkan kita membezakan baik dan buruk.saya sedar kemampuan guru di zaman ini adalah sgt terbatas. kalau tidak, tak timbul isu pelajar saman guru, kereta guru disimbah cat, guru di simbah asid, dipancitkan tayar, mangsa carutan facebook (tak termasuk karenah ibu bapa yg mcm2...)pendek kata semua ada peranan..Sama2 kita berusaha ke arah kebaikan dan berhenti menyalahkan org lain (sindrom bangau oh bangau)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-