Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, April 28, 2010

Kes Benjy, Polis Gagal Bukti Kesalahan?

Share








KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2010 : Kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, yang sebelum ini dikaitkan dengan isu dadah nampaknya masih lagi berlanjutan dan belum ada penyelesaiannya.

Ini kerana peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakil Benjy telah memberitahu Mahmakah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak polis tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menahan semula anak sulung kepada seniwati Azean Irdawaty itu mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, 25 Mac lalu.

Katanya, niat polis yang awalnya untuk menyiasat dan mendakwa Benjy bagi pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya bagaimanapun, tidak dapat dibuktikan sepenuhnya.

Sepertimana yang dilaporkan dalam media tempatan hari ini, Amer Hamzah dalam kenyataanya berkata, polis hanya mendakwa Benjy memiliki 0.24 gram metamphetamine atau syabu dan ia membuatkan polis terpaksa menggunakan peruntukan Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas dan menahan Benjy mengikut Seksyen 3 peruntukan tersebut.

"Polis menahan anak guam saya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) pada 25 Mac lalu walaupun kekurangan bukti dan dia tidak pernah menjadi ancaman kepada masyarakat," katanya.

Serentak dengan itu, Amer terus mengemukakan hujah dalam permohonan writ habeas corpus mendapat perintah mahkamah bagi pembebasan anak guamnya serta-merta.

Tambah Amer Hamzah, tindakan polis mendededahkan maklumat dan bukti berkaitan penahanan semula itu juga bertentangan dengan peruntukan dalam Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas yang memperuntukkan penyiasatan berkenaan adalah sulit.

Pada 8 April lalu, Benjy memfailkan permohonan writ habeas corpus bagi mencabar penahanan semulanya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 25 Mac lalu.

Benjy memohon perisytiharan penahanannya mengikut akta itu pada 25 Mac lalu sebagai tidak sah, salah dan berniat jahat. Sehubungan itu, pelakon berkenaan memohon perintah mahkamah supaya dia dibebaskan dengan serta-merta dan tidak ditahan semula.

Bagaimanapun, tidak sampai jam dibebaskan menerusi ikat jamin, Benjy telah ditahan semula oleh Mahkamah Majistret di sini pada hari tarikh tersebut. Dia ditahan dua anggota polis jam 2.50 petang sejurus ibunya membayar ikat jamin RM2,000 di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Melalui notis usul dan afidavit yang diikrarkan dalam permohonan itu, Benjy menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-