Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, April 9, 2010

Kekasih Baru Nurul (ex-wife Ajai)

Share










Sensasi:
what??? tak tahu yang nurul nie artis..ye lah tue..huhu...dulu tak silap sensasi Qabil AMbak pun ckp tak tahu yang Fasha tue artis...kuang kuang kuang...tak penah tgk tv ke atau xde internet kat umah derang nie..pelik je..kihkih

Pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, ada ternampak kelibat bekas isteri Ajai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi Nurul yang dilihat hadir bersama seorang lelaki. Dari penglihatan umum, gaya mereka tidak ubah seperti pasangan yang sedang dilamun cinta. Nurul nampak begitu bahagia di samping jejaka itu. Untuk pengetahuan semua, jejaka yang berjaya mencuri hati Nurul pada ketika ini ialah Ryzal Marzuki. Difahamkan Ryzal bekerja dalam industri kewangan. Menurut Nurul, pada awal perkenalan Ryzal tidak mengetahui dirinya seorang artis.



“Kami mula mengenali sejak beberapa bulan yang lalu melalui perkenalan dari kawan-kawan. Sekarang kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia juga lelaki paling istimewa dalam hidup Nurul sekarang. Kami ‘sama kepala’. Dia suka buat lawak dan buat Nurul ketawa. Nurul sangat selesa bila bersamanya.” kata Nurul.
Ryzal bukan seorang duda ataupun suami orang. Dia masih ‘solo’ lagi. Ini merupakan kali pertama Nurul membawa pasangannya itu keluar menghadiri majlis-majlis sebegini. Nurul turut mengakui, Ryzal adalah lelaki yang bertakhta dalam hidupnya kini

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-