Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, April 21, 2010

Giliran Anne Ngasri Pula bercerai

Share












Sensasi:Amboi macam ambil nombor giliran pulak untuk bercerai...takda angin atau ribut Anne Ngasri pulak nak bercerai...tgh tggu pengesahan lafaz..maksud nya dah lafaz la kan?kesian anak anak menjadi mangsa..



Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.

Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.


Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-