Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 19, 2010

Gambar Jenazah Achik Spin Selamat Dikebumikan

Share







18 April 2010 – Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang. Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir. Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.



Suasana pilu apabila isteri Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari (Achik Spin), H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof sambil memangku anak bongsunya, Putri Nursumaiyyah, 10 bulan menatap wajah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban





Rakan artis, Shah Indrawan Ismail atau Tomok (kiri) turut sama membantu mengusung jenazah Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin untuk dikebumikan di Makam Tuan Hj Said, Seremban.



Ibu Achik Spin, Badriah Awalludin menyiram air mawar di pusara anaknya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.



Ibu Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari, Badriah Awalludin (tiga kanan) dan isterinya H.M Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.

Reaksi teman-teman seperjuangan arwah:

“Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada pukul 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit…..tahu-tahu pukul 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah,”
-Nana

“Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini,”
-Hattan

“Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun,”
-Tomok

“Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas,”
-Lan Kristal

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-