Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 19, 2010

Gambar-Gambar dan Video Kereta Achik Spin terbakar

Share














Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang, 17 April 2010. Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam. Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.


Sensasi:Alfatihah buat awah Achik Spin...nampaknya ajal Achik sampai awal,dia kan baru je 28 tahun,,teringat lagu arwah dulu bola-bola api...hee..zaman skolah sensasi tue..mmm..masa mula2 sensasi dpt berita ttg kematian Achik SPin sensasi adert kat rumah mak tue yg lmbt update tue pun baca kat twitter blackberry sensasi..aduyai..terkejut..so baca plak kisahnye memula kata,achik Spin tersepit pastu kereta terbakar..then cerita tue dibetulkan ..achik spin kemalangan dan tercampak keluar sblm kereta arwah terbakar...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-