Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 22, 2010

Fasha Sandha tidak Jatuh Walaupun dipulau Wartawan

Share








Sensasi:Terbaca satu ruangan dimana Wartawan berbincang mengapa Fasha Sandha masih Laku...huhuhu...Sensasi tetap suka Fasha Sandha..sebab dia antara Aktress tercantik dan berbakat di Malaysia..regardless her personal life..lantak la dgn personal life dier...yg pentinjg sensasi suke tgk muka Fasha yg chantek itew.ok bwh nie la sedikit cakap2 wartawan ttg Fasha Sandha dan attitude nya yg berdisiplin..Hidup Aries!


komen wartawan hiburan malaysia

setuju apa yang wartawan hiburan Utusan Malaysia, Tengku Khalidah Bidin perkatakan: Kejatuhan atau kejayaan seseorang artis itu bukan terletak pada tangan atau mata pena wartawan hiburan. Tetapi, ia terletak pada sikap, attitude, pemikiran serta budaya kerja seseorang artis itu.

Kebenarannya dapat ku lihat pada diri Fasha Sandha sendiri. Walaupun, macam-macam wartawan hiburan tulis tentang attitude dia yang suka kacau suami atau teman lelaki orang, termasuklah dia digam segelintir pihak media disebabkan bersikap mulut lancang tapi dia tetap sukses.

Korang tahu kenapa?

Sebab bila bekerja, dia memang tip top. Datang on call di set lokasi selalu on time. Kadang-kadang setengah jam lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Dialog dah ready. Karektor dah ready. Tak kisahlah macam mana pun dia deliver dialog dia dengan suara itik seratinya itu tapi yang penting dia selalu dalam keadaan bersedia.

Sebelum mula shooting untuk mana-mana drama atau file, dia telefon dulu penulis skrip sebab nak tanya watak dan karektor dia dengan lebih mendalam lagi. Baju-baju yang dia nak gunakan untuk berlakon, dia sendiri uruskan. Dia cuma mintak syarikat produksi sediakan surat, yang lain dia sendiri uruskan.

Begitulah Fasha Sandha yang korang panggil Fasha Sendat atau entah apa-apa Fasha lagi. Personal life dia memang haru-biru. Tapi, bila bekerja, dia sangat serius dan komited dengan kerja dia. Sebab itu penerbit atau pengarah suka ambil dia bekerja.

Kadang-kadang bila dia balik clubbing lewat pagi pun, dia dah boleh terpacak kat set lokasi pada waktu jam 6 pagi dalam keadaan yang cukup bersedia. Sebab itulah dia masih sukses dan masih boleh bertahan sekarang ini.

So aku nak tanya korang semua, dah jatuh ke Fasha Sandha sekarang ni bila wartawan hiburan tulis macam-macam cerita yang tak senonoh dan buruk pasal Fasha? Dari sudut reputasi, mungkin ya. Tapi, dari segi kerjaya seni, korang percayalah, saham dia masih mencanak naik.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-