Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, April 28, 2010

Dynas Selamat melahirkan Bayi Sulung Perempuan bernama Khyra Khalyssa

Share








Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang telah berkahwin selain dikurniakan cahaya mata. Begitulah yang dilalui oleh model serta pelakon Dynas Mokhtar serta suami apabila Dynas telah selamat melahirkan seorang bayi comel pada hari Sabtu lalu bersamaan 24 April 2010.

Dynas melahirkan bayi perempuan comel secara normal tepat pada jam 7.57 pagi. Bayi seberat 3.4 kilogram itu diberi nama Khyra Khalyssa. Menurut suami Dynas, Mohd Hafizy Mohd Hafiz, Dynas dan bayi kini dalam keadaan sihat. Dan ini antara ucapan ringkas yang dikirim Dynas.

“Thanks. Just wanna say thanks to all doa-doa yang telah diberikan kepada Dynas and baby. Semuanya alhamdulillah, selamat semuanya.”

Pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ini turut berkongsi kegembiraannya di laman sosial Twitter.

“@dynasCLPT: Hie all..woke up early today.ok I memang dah bersalin!!hehe her name is Khyra Khalyssa and berat dia is 3.4kg.lahir on 24th april..”

Dynas mendirikan rumahtangga dengan Hafizy pada 15 Mac 2008 dan pernah mengalami keguguran. Tahniah diucapkan kepada Dynas dan suami dan semoga rumahtangga mereka lebih bahagia dengan kehadiran permata hati, Khyra Khalyssa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-