Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 22, 2010

Cerita Ceriti Anugerah "bahagian muka" tercantik pilihan pembaca Media Hiburan

Share







Petang tadi ada anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan kat Saloma Bistro. Best jugak hadiah-hadiah yang dipertandingkan. Kelakar pun ada. Siti dan Dafi menang kulit tercantik. Jimmy Shanley menang hidung tercantik.... Tapi yang best nya bila pemenang bibir tercantik diumumkan..... pemenangnya Norman Hakim. Norman tak datang, so tahu siapa wakilnya.... jengjengjeng...kiut jer, siabby ambil hadiah on behalf of Norman. Masa buat ucapan, dia ditanya betul ker Norman ada bibir tercantik.... Abby menyadin jer jawab..."sebab tu la kut memey suka" kah kah kah... Pas tu si DD Alias dgn along umumkan pemenang apa tah, yg dimenangi oleh Linda Onn, si Linda lambat datang, so her 'madu' siScha jadi wakil ambil hadiah. Yang paling memeriahkan dan menggamatkan dewan bila, Diana Danielle dan Zizan naik kepentas secara spontan dan melakunkan babak lucu bersama Black... ha haaaaaaa!!!

Mata tercantik bukan kepunyaan Diana Danielle, pakar Inner Shine tetapi pakar bulumata palsu.... heeee heeee! Hidung tercantik wa rasa patut dimenangi oleh Zizan......dan telinga? Lu fikrlah sendiri!

Wa satu nak komplen... meehoon hangit kenapa dihidang Saloma Bistro?


Senarai Pemenang-pemenang


Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
Artis Kacak – Kamal Adli
Artis Jelita – Diana Danielle
Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-