Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, April 9, 2010

Ash(Bau) dan Dira Sudah berpisah,skrg menunggu pengesahan Cerai dari mahkamah sahaja.

Share









Sensasi:kenyataan Dira yang menyatakan bahawa ":“Saya kecewa dengan perkahwinan ini. Ia tak jadi seperti yang saya impikan. Saya melalui keadaan begini mungkin kerana terlalu berharap" memang byk dilalui kaum wanita sbnarnye dimana lelaki@ suami tidak cuba memahami isteri,memandang ringan perasaan isteri,tak sensitif dgn kehendak isteri(maybe wife nak suami lebih manjakannya,atau bersikap romantis) ..suami menganggap isterinya memahami dirinya..ego lelaki ....dlm kes tertentu,wanita tue akan rasa putus asa kecewa dan akhirnya berubah menjadi seorang yang dingin dgn suami ..sbb dia rasa fair and square...biar dua-dua tak romatis..pastu laki tue still x berubah..mcm2 boleh terjadi..the conclusion is,suami dan isteri kene saling compromise,tolerate..and berusaha utk berubah..jangan ego sgt..



TIADA apa lagi yang disembunyikan apabila Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash, 27 mengesahkan rumah tangganya bersama finalis bagi kategori Artis Baru Wanita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009), Dira Abu Zahar, 26, memang tidak dapat diselamatkan.
Bahkan Ash sendiri mengaku sudah mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah. “Kalau perceraian kami disahkan oleh mahkamah, bererti ia mencatat sejarah dalam keluarga saya. Memang dalam keluarga saya, belum ada yang bercerai berai. Tapi ini semua sudah ketentuan Tuhan.

“Memang saya hendak selamatkan rumah tangga kami. Saya masih sayangkan Dira. Tapi kalau sudah tiada jodoh antara kami, saya tidak pun tidak mampu melawannya,” demikian kata Ash.


Pengakuan Ash itu sekali gus menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan Dira. Kelmarin ketika ditemubual dalam ruangan Jawablah, Dira menafikan rumah tangganya bergolak. Dira menegaskan kehidupannya bersama Ash bahagia walaupun mereka sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Dira dan Ash mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahu lalu dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Anggun Deandra.
Begitu pun, desas desus mengatakan rumah tangga mereka sebenarnya agak goncang dan kedua-duanya pernah dikatakan tidak tinggal sebumbung. Penyertaan Ash dan Dira dalam program Sehati Berdansa musim keempat yang lalu dikatakan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan mereka.

Namun, niat suci itu tidak kesampaian. Pertemuan Hip dengan Ash Sabtu lalu ketika dia terbabit dengan sesi raptai penuh ABPBH2009 persembahan bersama Azlan & The Typewriter merungkai sedikit gejolak perasaannya.



Menurut Ash, jika ABPBH 2007 mereka pernah hadir sebagai pasangan suami isteri kerana nama Dira masih belum dikenali tetapi untuk ABPBH 2009 baru-baru ini, mereka hadir secara berasingan. Ash terbabit dengan persembahan, manakala Dira hadir sebagai calon Top 5 dan ditemani Zahiril Adzim.

“Apa yang boleh katakan saya mahu menjernihkan kembali hubungan kami. Ia tiada kena mengena dengan status dirinya yang datang dari keluarga berada. Tapi ia demi masa depan anak kami. Tapi kalau soal hati sudah berkata tidak mahu, mungkin saya sudah gagal bertindak sebagai ketua keluarga.

“Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah. Yang saya tahu, dia memang sangat kuat bekerja. Pergaulannya mungkin membuatkan dia berubah tanpa disedari,” kata pemain keyboard kumpulan Bau itu.
Sementara itu Dira yang dihubungi Hip memberitahu bukan niat dirinya berselindung dengan tidak menjelaskan perkara sebenar. Akuinya, dia cuma enggan mengeruhkan keadaan yang sudah tidak menentu. Kenyataannya dalam ruangan Jawablah semalam dilihat sebagai ‘kenyataan selamat’.

Kata Dira pula:“Saya kecewa dengan perkahwinan ini. Ia tak jadi seperti yang saya impikan. Saya melalui keadaan begini mungkin kerana terlalu berharap. Jadi saya putuskan untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Saya hanya mampu melakukan yang terbaik. Jika saya tidak dapat mempertahankan rumah tangga ini saya reda. Sebab saya tak nak kecewa sepanjang masa. Apa yang lebih penting ialah masa depan anak kami. Soal kebajikan anak, saya tidak ada masalah untuk berkongsi dengan bekas suami” katanya yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama Arjuna untuk TV3.


Dalam pada itu, Dira juga tidak dapat menidakkan reaksi pihak tertentu yang melihat perceraian mereka disebabkan dirinya yang dikatakan berlaku curang dan sudah lupa diri selepas mencipta populariti. Sedangkan, hanya empunya diri yang tahu kenyataan sebenar.

“Kalau saya sudah lama nak jadi pelakon, hakikatnya saya tak akan kahwin awal. Saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan termasuk membabitkan diri dalam dunia seni. Saya juga mahu menjadi ibu yang baik kepada anak saya.

“Saya juga berharap pasangan saya akan melalui susah senang bersama tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Mungkin juga faktor usia kami terlalu muda membuatkan kami berfikiran seperti kebudak-budakan,” katanya

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-