Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, April 9, 2010

Ameng ugut bunuh A.Aida dan suami kerana gila talak?

Share








Terbaru yang menarik perhatian ialah kes penyanyi 'rock kapak' era 90-an, Ameng Spring yang menghantar 'Pesanan Buat Kekasih' ehhh......khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada bekas isterinya yang juga pelakon dan produser, A.Aida.

Hai Ameng....kenapa jadi camni? Dulu 'Sampai Hati' dan tanpa berfikir panjang sewaktu nak bercerai. Sekarang dah mula kemaruk balik ke kat bekas isteri awak tuh? Takkan cemburu pula melihat kebahagiaan Aida dan suaminya yang sudah sehati 'Sejiwa' sekarang ni?

Daripada apa yang difahamkan, Aida mendakwa si Ameng ni kerap menghantar SMS mendakwa kononnya dia bakal menerima darjah kebesaran yang akan membawa gelaran Datuk dan mempunyai wang jutaan ringgit serta sanggup memberikan sebahagian wang itu kepadanya. Samada Ameng ni mempunyai sebijik rumah bernama 'Bourgenvilla' atau tidak, itu tidak pula dinyatakan.

Aida yang kemudian bengang akibat sering diganggu kemudian membalas SMS meminta agar Ameng menghentikan semua SMS karut-marut tu. Suami si Aida turut menghubungi Ameng dengan cara baik meminta dia menghentikan segala perbuatannya.

Sudahnya, pasangan laki bini ni pula yang kena hambur dek Ameng. Sudahla tu, dia buat cerita pula kata dia ada pistol. Benar atau tidak,tak tahu sebab kes ini masih dalam siasatan polis. Dan perkara ini semakin berlanjutan apabila timbul pula isu tentang hak perjagaan anak antara mereka berdua.

Dalam pada itu, Ameng turut dikatakan positif mengambil ganja sewaktu menjalani ujian air kencing. Ishh.....tak serik-serik Ameng ni walaupun dah kena tahan 5 tahun dulu pasal kes layan methamphetamine.

Beginilah lumrah hidup apabila menjadi pasangan artis atau selebriti, segala kebaikan atau keburukan dalam kehidupan seharian kita akan menjadi tatapan umum.

Kalau kita mencintai seseorang, kita kena pastikan dia bahagia walaupun dia bukan bersama dengan kita, janganlah diturutkan sangat emosi dan nafsu. Benda tu semua akan memakan diri kita balik. Disebabkan isu sms berbentuk ugutan ni, tak pasal-pasal pula Ameng Spring kena tahan reman. Siapa yang susah tu?

Sensasi:
Versi lain yang sensasi dgr pulak ialah A.Aida tak membenarkan Ameng utk berjumpa anak-anak kalau ameng tak lunaskan nafkah anaknya sebanyak RM3000....memula rasa mcm x patutlah jugak ameng tk dpt jumpa anak-anak mungkin dia berasa sunyi dan rindu kehadiran keluarga...lelaki mmg camnie sbb tue timbul isu gila talak buat lelaki yang tak berkahwin dalam masa terdekat bila bercerai..huhu..terbaru A.aida menafikan tentang hal itu ,dia ckp mcm nie..


" Tiada kaitan langsung dengan hak penjagaan anak kerana bekas suami memang tidak ada hak ke atas mereka selepas berlaku kes dera, malah pihak mahkamah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memutuskan hak itu kepada saya,” katanya"


ada kes dera lah pulak..aduyai..mcm-mcm la manusia zaman skrg nie byk yg baran dan pemarah...pastu suka pulak nak naik tangan kaki semua lah...isk3...cube bwk2 bertenang.....tarik nafas dalam2...aaa..anger management..hehe..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-