Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 5, 2010

Zizan: Ada Sebab Saya Tinggalkan Leez!

Share








KUALA LUMPUR, 3 MAC 2010: Ketika ini mungkin ramai yang ingin tahu apakah benar Zizan Raja Lawak meninggalkan bintang Prelude Akademi Fantasia mUsim Ke-4, tanpa sebarang penjelasan.

Apakan benar juga bahawa hubungan cinta mereka yang pernah terjalin satu ketika dulu sebenarnya tidak direstui oleh ibu Zizan.

Dalam satu pertemuan bersama pemenang tempat kedua, Raja Lawak Musim Pertama ini baru-baru ini,sempat berbicara dengan Zizan dari hati ke hati.

Kata Zizan, dia sebolehnya tidak mahu lagi mengungkit cerita lama antara dia dengan Leez.

"Tapi, kalau dia kata saya tinggalkan dia tanpa sebarang penjelasan, saya rasa perkara itu memang tidak betul.

"Tapi, walau apapun yang berlaku di antara saya dan Leez pada waktu itu, mesti ada sebabnya. Ia tidak akan berakhir macam itu saja.

"Itulah yang terjadi di antara saya dengan Leez. Tapi, biarlah perkara itu saya simpan sebagai sejarah hidup saya," katanya.

Zizan bagaimanapun menafikan yang ketika ini dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita.

"Demi Allah, saya tidak ada sesiapa pun (teman wanita) sekarang ini. Lagipun, saya tak nak fikir dulu buat masa ni . Sebab, saya nak tumpukan perhatian dulu pasal kerjaya seni saya," katanya yang bakal memegang watak utama sebagai seorang superhero dalam filem Kapoww terbitan Tayangan Unggul.

Menceritakan lebih lanjut tentang filem Kapoww arahan Azizi Chunk Adnan, Zizan mengakui dia cukup teruja sekali untuk membintangi filem tersebut.

"Kapoww sangt berbeza dengan filem superhero yang lain. Sama ada dari sudut pembikinan mahu pun jalan ceritanya, ia penuh dengan kelainannya yang tersendiri.

"Ia mengenai kisah seorang superhero yang lupa diri setelah mendapat kuasa dan kemudian berbalah dengan kumpulan superhero yang lain tentang kuasa yang mereka miliki.

"Sebab itu, bila Chunk tawarkan menawarkan saya untuk berlakon dalam filem serta membawakan watak utama sebagai seorang superhero dalam cerita ini, saya cepat-cepat setuju dan terima," katanya.

Jelas Zizan lagi, sudah menjadi resmi dirinya, setiap kali ditawarkan berlakon dalam drama mahu pun filem, dia meneliti dulu watak, skrip serta jalan ceritanya.

"Saya memang agak memilih.Saya tak mahu kaut saja apa yang ditawarkan untuk saya. Saya tak mahu jadi tamak.
Biarlah saya ambil satu dua job tapi dalam masa yang sama job itu mampu memberikan impak terhadap kerjaya seni saya," katanya.

Selepas filem Kapoww, Zizan sekali lagi diberi tanggungjawab untuk memegang watak utama dalam drama bersiri Kapoww yang akan turut diarahkan Azizi Chunk Adnan di Astro Ria.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-