Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 30, 2010

Umie Aida Lega kerana dapat mencintai Suaminya..Skrg tengah Angau & gambar sekitar perkahwinan Umie Aida

Share








dua jejaka berbaju hitam tue adalah anak angkat Umie aida,manakala yg berbaju puteh anak-anak kepada Suaminya Datuk Paduka Khairuddin,,


"'Wonderful'!" luah Umie Aida dalam nada gembira bila ditanya tentang kehidupannya selepas bergelar isteri. "Ia satu mimpi, mimpi yang indah. Terima kasih pada abang kerana sudi memartabatkan maruah saya ke peringkat ini."

Sudah dua minggu sejak pernikahannya dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, dedah Umie yang ditemui selepas majlis persandingannya di One World Hotel semalam, dia kini manusia yang berbeza. Jika pada awalnya dia bimbang tidak boleh mencintai suami, itu tidak lagi menjadi persoalan. Yang menjadi harapannya sekarang agar dia dapat menjadi isteri terbaik untuknya.

"Semua kebimbangan saya sebelum ini... takut tak dapat mencintai suami, menjadi isteri yang baik. Saya tidak membuat jawapan sendiri, sebaliknya menyerahkannya kepada Tuhan. Saya beristikarah, menunggu jawapan di hari pernikahan. Semuanya ditulis Allah, pernikahan dan jalan hidup saya.

"Saya sanggup terima risiko yang saya mungkin kembali dari Mekah tanpa gelaran isteri. Tapi melihatkan semuanya berjalan lancar, baik buruknya dia sudah suami saya dan saya akan buat yang terbaik sebagai isteri, membahagiakan dia."

Kongsinya lagi, dia bersyukur selepas berkahwin, terbit perasaan cinta pada suami. Malah diakuinya, dia kini di alam percintaan seperti seorang remaja.

"Tak boleh nak cakap kenikmatan bercinta selepas berkahwin. Sebab kita tidak pernah duduk berdua-duaan sebelum ini, ia menjadi sesuatu yang kelakar dan detik itu sangat bahagia, satu pengalaman yang tak boleh dijual beli. Ke mana dia pergi, nak melekat je. Selepas nikah, macam angau di alam percintaan," kata Umie sambil ketawa.

Bila nak bertudung?
Sekembalinya dari Tanah Suci, ramai yang tertanya-tanya jika Umie akan mengubah penampilannya dengan mengenakan tudung, sekaligus menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Saat diajukan persoalan tersebut kepada Umie, jawabnya, "Alhamdullilah, sekarang saya dalam tempoh percubaan yang penting. Nawaitu saya akhiri dalam masa terdekat ini. Tetapi saya perlu 'settle'-kan dulu beberapa benda sebab saya tak boleh mungkiri janji. Perkara yang baik akan saya lakukan dengan cepat."

Tambahnya, dia sudah mula melatih diri untuk berselendang dan bila berpakaian biarlah yang tidak menjolok mata. Hasratnya untuk bertudung juga telah diluahkan pada suami.

"Walaupun itu (bertudung) keputusan saya, tapi saya ada juga minta izin daripada abang. Dia terkejut tapi katanya saya 'look good' (bila bertudung). Saya mula selangkah demi selangkah dengan selendang dan pakaian dulu."

Dari segi kerjaya lakonannya juga, Umie berkongsi akan melakukan penyesuaian. Meskipun suami memberinya laluan untuk meneruskan kerjaya seni, namun Umie, atas kehendaknya sendiri, akan mengehadkan watak-watak yang akan dibawanya.

"Sebagai isteri saya ingin rumahtangga saya bahagia. Saya tidak mahu mengundang fitnah. Jadi, ada baiknya jika saya jauhkan (daripada watak-watak yang mungkin diperkatakan orang)."

Inginkan anak

Semua sedia maklum, Umie mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang sudah meningkat remaja. Begitu juga Khairuddin yang dikurniakan dua orang anak lelaki, hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Namun itu tidak bermakna mereka menolak rezeki jika dianugerahkan cahaya mata mereka sendiri. Kata Umie, dia terima dengan hati terbuka jika dikurniakan rezeki sekarang.

"Saya berserah kepada Tuhan. Rezeki, jodoh dan maut itu di tangan Tuhan. Semestinya saya inginkan seorang anak. Tetapi banyak sangat meminta, malu pula. Besar saya menadah.

"Tapi saya tidaklah terkejar atau tertekan. Itu anugerah dan hadiah untuk saya. Alhamdullilah, syukur pada Allah jika saya dapat seorang (anak)," kata Umie yang akan menemani suami ke kota London pada awal bulan depan atas urusan kerja sebelum berbulan madu ke Venice, Switzerland dan Paris




No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-