Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 17, 2010

Ulasan Filem V3 Samseng Jalanan...tak best??

Share







Sensasi saja-saja cari ulasan Filem Rempit V3 memandangkan sensasi belum tgk lagi...hee...then terjumpa la ulasan oleh seorang blogger neyh...

ulasan oleh: http://rjuna.net/2010/03/14/v3-samseng-tahi-kucing/

antara adegan-adegan yang ada dlm filem nie..



Aku mengulas filem ini agar kawan² tak membazirkan RM10 di pawagam hanya untuk sebuah filem yang sampah,

Bukan niat aku nak kutuk filem Melayu, tapi kalau berterusan filem sampah begini diterbitkan, aku takkan berdiam diri. Kutuk tetap kutuk

Aku dengan Isa menonton tayangan hari pertama khamis lepas, dalam fikiran aku nak tengok lah buah tangan pertama dari Farid Kamil sebab dia pengarah dan dia pon berlakon sama, skrip filem Remp-it dulu pun dia yang buat. Sayang semuanya harapan palsu.

Tayangan jam 9.15pm memang full house beb (seat penuh) , memang jarang filem melayu dapat seat penuh macam ni, ini pasti penangan Adnan Sempit.

Permulaan cerita nampak baik jer semua, mat rempit kedah, kena gilis lori, lari dari road block, lompat² atas bas, kena lempang bapak, polis kena ayam, lumba lari dengan mak nyah, lari KL tumpang lori.

Start sampai KL jumpa Lan Ribut (Radhi OAG) jalan cerita filem ni mula kucar kacir macam Lan Ribut jugak, korang kalau datang KL tiba² setup motor.. terus nak race yek? rumah takde takpe.. leh tidur rumah orang/masjid, duit takde takpe leh pinjam kat Sam Seng Motor, wah senangnya hidup korang ya, paling koman pon carilah kerja dulu weh.

Bagi aku sepatutnya watak Garing(Aqasha) tu yang diketengahkan, sebab tajuk filem ni pon Samseng Jalanan kan? Brett (Bront) patut ambik watak Rudy(Farid Kamil), dan Farid Kamil patut duduk jadi pengarah saja, aduh letih beb gua tengok mat rempit sidai coli, awek cium helmet, babak cium kena potong, Farid Kamil cium spender APA KEJADAHNYA SEMUA INI?

Babak aksi pon kadang² tak cukup rasa, kamera shoot pon kabur bai, lu sembang lebat dalam the making kata aksi stunt rempit yang baru, tapi gua tak nampak pon?, tendang motor stunt baru? jatuh motor terseret stunt baru? oh baru aku perasan stunt motor berapi tu... booo lah weh tak menarik langsung.

Sudah la jalan cerita macam gampang, ending dia pulak macam celaka, flashback sikit² dan diakhiri dengan ayat ayat hikmah.. Si polan mati sekian sekian, Si Polan ditangkap polis dan insaf lalu kahwin dengan nenek si polan.. FUCK la Farid Kamil.. FUCK jugak buat David Teo. Betapa hampanya penonton di pawagam selepas tengok filem ni, KECEWA.

Reaksi penonton yang aku dengar, "hek eleh habis camtu jer?" "pulangkan duit kami" "bosan.. baik tgk magika"

Nah aku kasi 2 jer untuk filem ini, lepas ni filem² Metrowealth gua pangkah taknak tengok kat pawagam, padan muka. Siapa kata filem ni best gua jolok mata dia.

2 comments:

pembaca setia said...

kelakar sial cara dia komen, bagus, 5 bintang untuk review!! haha

Anonymous said...

aku rasa xde la teruk sangt ..ok je citernye..yang sampahnye evolusi kl drift..

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-