Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 17, 2010

Ulasan Filem: EVOLUSI KL DRIFT 2 - Cakap sampai tayar berasap

Share









Saya tak mau komen banyak, memandangkan filem ini pun sudah terlalu banyak dialognya, sampaikan saya dudok di panggong macam layan dua episod Gerak Khas berturot-turot. Yang saya nak komen ini adalah betapa khusyoknya si peneraju projek kita Mr. Syamsul dalam menerbitkan sebuah karya yang jitu, sehinggakan bukan sahaja kereta yang drift, bahkan jalan ceritanya pon dibawa drift sekali masok hutan mana entah. Kenapa hilang fokus? Kenapa filem ini macam dudok bersembang sahaja?

Nasib baik aksi kereta dalam cerita ini memang melangkaui jangkaan dan membuat suatu anjakan yang cukup bermakna sejak filem asal tahon 2008 itu. Itu boleh respect. Tambah lagi persembahan Scha Al-Yahya, yang semakin matang dan menyerlah. Campur sekali watak-watak gengster jahat yang dibawa secara overkill oleh otot-otot Aaron Aziz dan Shaheizy Sam. Ini laa namanya entertainment. Maksud saya, kalau ada lagi peluang bikin filem racing macam ni, saya syorkan kita tinggalkan sahaja elemen-elemen romen dan sembang santai yang menghambarkan cerita, sedangkan apa yang sedia ada sebenarnya sudah memadai dalam nukilan narratif filem aksi.




Evolusi KL Drift 2 akan ditayang di pawagam serentak, bermula 25 Mac 2010 ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-