Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 16, 2010

Temubual bersama Fasha tentang kes Dimaki Zamarul Hisham

Share







Gambar bwh nie utk drama Atilia..dimana Fasha memegang watak Atilia menjadi gadis tomboy...Chantek kan Fasha nie..i loike..



Nie la die gambar yang Zamarul mengamuk2 sakan tuh..haiyya...takdela kontroversi mana..lepak2 je la bro...


Antara Pelakon-pelako drama tersebut..

1. Apa perkembangan Fasha sekarang?
Sekarang tengah ‘shooting’ drama 26-episod berjudul ‘Dia Atilia’. Drama ini untuk Astro Prima terbitan Orange Tree. Saya memegang watak sebagai Atilia, seorang gadis tomboi. Awal Mei nanti saya akan masuk ke set penggambaran 13-episod ‘Cuci-Cuci The Series’ untuk RTM 2 terbitan Tall Order. Selain itu, drama ‘SpaQistina’ juga akan menemui penonton mulai April di tayangan hebat ABO Astro.




2. Siapa lelaki istimewa yang bertakhta di hati Fasha sekarang?
Lelaki istimewa dalam hidup saya adalah sahabat saya. Dia seorang lelaki yang sentiasa mempercayai saya walau apa jua situasi. Saya juga pernah cuba untuk tidak bersahabat dengan dia beberapa kali di atas beberapa sebab tapi tidak menjadi. Dialah lelaki istimewa saya, sahabat baik saya.

3. Komen Fasha apabila dikaitkan sebagai punca pergolakan rumahtangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar.
Tiada isu pergolakan apa-apa timbul. Ianya satu fitnah. Saya tak pasti kenapa ada manusia kejam yang cuba ambil kesempatan di atas apa yang berlaku. Ianya sangat tidak berasas! Saya tidak akan maafkan penyebar fitnah.

Cerita sebenar yang berlaku, Zamarul tegur saya kerana saya letak gambar ‘the making’ dalam forum kerana kata Zamarul, itu prinsip dia. Tidak suka gambar keluar di mana-mana. Itu sahaja. Entah kenapa timbul cerita pasal pergolakan rumahtangga Diana. Memang 100% fitnah yang ingin mengaibkan saya dan keluarga.

4. Apa motif Fasha memuat turun gambar Fasha dan Zamarul dalam blog Dramafilmakers?
Setiap kali saya ‘shooting’, saya akan memuat turun gambar 'the making' ke dalam forum drama/film makers. Ianya satu perkara yang ‘normal’ untuk memuat turun gambar ‘the making’. Motifnya, untuk ‘update’ perkembangan terbaru ‘to all the forummers’.

Artis-artis lain juga buat perkara yang sama dalam forum tersebut. Lagipun gambar ‘the making’ di lokasi, bukan gambar peribadi. Isteri Zamarul juga ada dalam forum tersebut. Dia juga ada beri komen pada gambar dalam forum tersebut. Sehari sebelum kejadian Zamarul tegur saya di lokasi. Diana komen "gambar Zamarul nampak gelap sedikit, tukarlah gambar yang lebih elok" jadi saya tidak pulak tahu ianya akan menimbulkan masalah apa-apa.

Para forummers lain saksi. Diana beri komen pada gambar tersebut. Zamarul juga tahu saya letak gambar itu dalam forum. Saya tunjuk pada Zamarul selepas saya ‘upload’. Saya hanya muat turun tiga gambar saja dalam forum itu. Ketika tu saya masih di lokasi, ramai krew nampak. Jadi saya pelik apabila keesokan harinya tiba-tiba ada isu 'prinsip' itu. Saya tak tau pun dengan gambar itu akan ada masalah. Macam tak masuk akal.

Saya tidak tahu Zamarul ada prinsip tidak benarkan gambar ‘shooting ‘the making’’ keluar mana-mana forum. Selama 6 tahun saya berlakon, tak pernah saya tahu ada artis yang mempunyai prinsip tak benarkan gambar penggambaran di muat turun ke forum atau internet. Lagipun isterinya juga ada dalam forum dan ada juga komen tentang gambar tersebut sebelum kejadian menegur itu dan Zamarul juga tahu tentang gambar itu. Tiba-tiba timbul isu prinsip.


Walau apapun, saya hormati prinsip tersebut, lalu saya keluarkan semua gambar-gambar ‘the making’ tersebut dan meminta maaf walaupun saya agak pelik kerana hari sebelumnya seolah tiada apa-apa masalah tentang gambar-gambar 'the making' tersebut. Selepas itu, masalah itu selesai di situ. Saya tak faham kenapa orang cuba membuat fitnah tak berasas. Ada manusia yang tidak bertanggungjawab yang cuba melakukan sesuatu dan mengambil kesempatan untuk membuat cerita.

5. Penggambaran 'Dia Atilia' masih dijalankan, jadi macam mana Fasha bekerjasama dengan Zamarul selepas isu ini timbul?
Masing-masing profesional dalam kerja. Kerja berjalan dengan lancar.

6. Bagaimana hubungan Fasha dan Zamarul sekarang?
Setelah saya minta maaf, Zamarul juga minta maaf kerana menegur saya secara agak terkasar. Keadaan kembali ‘normal’. ‘Shooting’ berjalan dengan lancar. Tiba-tiba ada manusia yang tidak bertanggungjawab, menyebar cerita yang tidak benar dan mengambil kesempatan di atas situasi yang berlaku. Saya tak kisah jika mereka menyebar perkara yang benar-benar terjadi. Ini tidak, sengaja menukar cerita untuk memburukkan saya!

7. Selepas isu ini timbul, bagaimana hubungan Fasha dengan Diana sekarang?
Selepas kejadian menegur itu, saya ada menghubungi Kak Diana dan bertanya tentang isu tersebut. Dia juga kata tiada isu, dan dia juga tidak mempersoalkan saya 'motif' muat turun gambar tersebut. Ianya hanya gambar ‘the making’. Saya juga ada meminta maaf sekiranya menimbulkan apa-apa masalah. Alhamdulillah, saya dan Kak Diana tidak ada sebarang masalah.

8. Fasha tidak henti-henti dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga orang. Bagaimana Fasha menerima perkara-perkara sebegini?
Saya tidak akan memaafkan siapa yang membuat cerita tak benar ini. Tanggunglah dosa. Saya tahu saya juga bukan manusia sempurna, tapi saya tidak melakukan fitnah. Buatlah kesimpulan sendiri. Demi Allah Tuhan yang Esa, apa yang saya jawab ni, semua benar, dan saya ada ramai saksi.

9. Difahamkan Zamarul memarahi Fasha sehingga Fasha menangis. Betul ke?
Ya, memang benar, dia menegur saya dengan sedikit kasar. Saya seorang yang sensitif, tidak boleh jika orang terkasar dengan saya. Saya terkejut kerana isu tegur tu jadi secara tiba-tiba. Saya tidak tahu yang saya ada melakukan salah. Saya terkejut. Krew-krew sebagai saksi kejadian.

Zamarul menegur saya dengan agak sedikit kasar di hadapan krew ‘shooting’. Dia memberitahu saya dia tidak suka gambar-gambar ‘shooting’ masuk mana-mana forum walaupun dalam forum itu semuanya pembikin filem. Memang agak sedikit kasar, tapi saya langsung tak ambil hati kerana mungkin itu cara dia menegur orang. Setiap orang ada perangai masing-masing. Selepas 1 jam , masing-masing bermaafan dan masalah selesai di situ.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-