Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, March 4, 2010

Temu bual bersama Pelakon-pelakon Niyang Rapik tentang pengalaman mereka

Share








LIYANA JASMAY (LJ): Saya memegang peranan sebagai anak ketua kampung Niyang Rapik bernama Laila. Bagai menjadi kebiasaan, dalam sebuah kampung pasti ada anak dara jadi kegilaan ramai. Sama halnya dengan Laila. Kedatangan anak-anak muda ke kampung ini membuatkan saya jadi rebutan mereka. Begitupun, saya paling rapat dengan Fizz. Ada perkara buruk berlaku kepada saya pada suatu hari. Fizz berjanji mahu datang semula ke Niyang Rapik menyelamatkan saya. Tapi malangnya Fizz meninggal dunia selepas kembali dari tempat ini.

ZED ZAIDI (ZZ):
Menerajui watak Saiful, saya dianggap individu paling matang antara kawan-kawannya dan gemar menolong orang lain. Dia menerima tangkal daripada ketua kampung Niyang Rapik lakonan Nasir Bilal Khan. Tangkal ini sebenarnya jadi alat pengesan untuk melakukan perkara tidak elok kepada rakan-rakan saya. Cuma pada pertengahan cerita barulah menyedari ada cerita tersimpan pada tangkal yang dipakai di leher ini.

SHAHEIZY SAM (SS): Saya membawakan karakter Zizan yang bersikap kebudak-budakan, panas baran dan tidak suka dengan suasana Niyang Rapik. Jiwa dia lebih kepada persekitaran bandar. Justeru, dia menjadi insan pertama membantah keputusan datang semula ke Niyang Rapik yang disifatkan jauh pedalaman tanpa ada jalan darat. Dia sering menyalahkan sikap kawan-kawannya dalam soal ini. Saya boleh cakap Zizan umpama tukang baling batu dalam air tenang.




Apakah watak yang diberikan mencabar kredibiliti kalian?

LJ: Alhamdulillah, watak Laila tidaklah sesukar mana. Saya berjaya menzahirkan karakter ini dengan baik tanpa berdepan masalah. Lagipun sudah lama saya baca skrip dan berbincang dengan pelakon lain. Oleh itu, sampai set penggambaran, kami tahu apa yang ingin dibuat selain dapat input daripada Idham. Saya sebenarnya banyak bermain emosi. Dialog juga sekadar disampaikan dalam bentuk satu ton. Saya tidak mengamalkan sikap memaksa diri. Kalau paksa diri maka takut saya tertekan dan kecenderungan melakukan kesilapan semasa berada di depan kamera.

ZZ
: Saya bersyukur kerana tidak berdepan banyak halangan menjayakan watak ini. Niyang Rapik merupakan filem seram kedua selepas menjayakan karya seram komedi, Pontianak Menjerit arahan Yusof Kelana. Selepas menyaksikan pratonton Niyang Rapik baru-baru ini, saya rasa puas hati dengan kualiti kerja diri. Cuma tidak dinafikan, ada kekurangan itu dan ini perlu diperbaiki demi meningkatkan kerjaya seni pada masa depan.

SS: Saya kena kekalkan energi berfikir seperti budak-budak sepanjang masa walaupun usia sudah matang. Tiada kesukaran memegang watak ini. Selain itu, saya buat sepenuh perubahan diri demi menjayakan seorang Zizan. Saya gemar menukar stail dan personaliti contohnya rambut dan pakaian jika terlibat dalam projek lakonan. Bahkan, saya lebih gemar mekap sendiri daripada minta khidmat jurusolek kerana hanya saya tahu apa diperlukan dengan kehendak watak.




Apa pengalaman manis ataupun pahit yang dikutip semasa menjalani penggambaran Niyang Rapik di Tasik Kenyir?

LJ: Pada mulanya saya tidak boleh terima hakikat menjalani kehidupan selama 10 hari di rumah bot yang disediakan. Dengan keadaan serba kekurangan maka saya terdiam seketika. Hampir satu jam saya duduk memerap dalam bilik memikirkan nasib bakal berlaku.

Tapi selepas itu saya mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sebagai satu-satunya pelakon wanita, saya dijaga dengan baik oleh pelakon lain dan seluruh tenaga produksi Niyang Rapik. Lama-kelamaan, saya seronok berada di kawasan jauh daripada hiruk pikuk kota ini.

ZZ: Sewaktu diberitahu Idham kami kena tinggal di kawasan Tasik Kenyir, saya awal-awal lagi dapat membayangkan keadaan di situ. Sebelum ini saya selalu keluar masuk hutan dan banyak menghabiskan percutian di pulau. Bagi individu tidak terbiasa hidup di tempat pedalaman, saya percaya mereka hanya mampu bertahan sehari atau dua. Selepas itu mulalah hati meronta-ronta mahu pulang semula ke ibu negara. Kami menjalankan kegiatan seharian di rumah bot.

Cuma masalah dihadapi apabila hendak mandi, makan dan beli barang keperluan di kedai yang ambil masa beberapa jam daripada rumah penginapan. Saya juga seronok dapat lihat gajah dan makan durian di sekitar tasik ini.

SS
: Kali pertama ditawarkan berlakon Niyang Rapik, saya terus berfikir tentang kemudahan elektrik dan penggunaan telefon bimbit. Terus-terang, saya susah hendak keluar dari Kuala Lumpur apatah lagi kena tinggal di kawasan hutan belantara.

Beberapa hari di sana, barulah saya seronok dapat memancing dan melakukan aktiviti menarik dengan pelakon lain. Cuma kecewa sikit kerana saya tidak dapat mandi-manda di tasik kerana tidak pandai berenang (tergelak besar

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-