Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 19, 2010

Syarifah Sofia Kesal Gambarnya bermain dengan anjing di sensasikan

Share







Sensasi:Entahnye,bagi sensasi menyayangi binatang bukanlah satu masalah...Gambar membelai Anjing atau bermain dengan anjing bg sensasi okey je..bukan gambar dia menjerut atau mendera haiwan tue...Yang penting bila dah habis main atau pegang,pastikan kita menyucikan diri dgn menyamak anggota yang terkena,sebab kulit anjing,bulu anjing yang basah dan air liur anjing adalah najis mughalazah,iaitu najis berat yang boleh disucikan dengan samak,tp kalau pegang bulu anjing yg kering tak perlu samak pun tau..tp sebaik2nye samak utk mengelakkan was-was la....Tp jangan kita tersilap anggap bahawa pegang anjing nie haram...hukumnya tak haram,cuma hukumnya najis..sama mcm kita berak,lepas tue takkan nak biar je,kene la basuh,najis tahi tergolong dlm najis mutawasitah iaitu menyucikan dgn cara menjirus air sehingga hilang bau ,warna dan rasanya..

Samak <--antara hikmah samak yang perlu kita ketahui ialah..tahukah anda anjing dan babi membawa sejenis kuman/ cacing yang tidak mati walaupun dijirus dgn air mendidih sekalipun,liat sungguh nyawa cacing tue..cacing tersebut (sgt kecik) hanya boleh mati apabila terkena tanah..Apa tah nama cacing tue..lupa plak..cacing tue bila masuk dlm badan dia akan membiak kat usus,dan boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman badan utk jangka masa panjang.



Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?

SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.

Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?

Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.

Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?

Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.

Bagaimana kehidupan Sofia selepas kahwin?

Alhamdulillah, kami bahagia. Suami saya pula mula sibuk dengan perniagaannnya. Cuma dari sudut karier pula, saya macam tak laku lepas kahwin (ketawa). Tiada tawaran berlakon setakat ini dan saya terpaksa biasakan diri tak berlakon buat sementara waktu ini. Jujurnya, agak bosan juga, tapi syukur sebab kehidupan saya lebih relaks.

Apa yang Sofia buat untuk mengisi masa lapang?

Saya jalankan tugas sebagai seorang isteri dengan menemani suami. Kadang-kadang saya ikut dia bertemu klien. Sekarang saya merancang untuk membuka perniagaan alatan tulis yang menggunakan bahan kitar semula dan mencari lokasi yang sesuai untuk membuka kedai. Paling tidak pun, menjadi pengedar alatan tulis ke kedai-kedai buku. Saya juga membabitkan diri dalam rekaan hiasan dalaman.

Apakah perancangan untuk mendapatkan cahaya mata?

Kami sudah bersedia jika ada rezeki. Tapi kalau boleh, nanti dulu. Biar kami bekerja untuk kukuhkan ekonomi sebelum menerima kehadiran seorang anak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-