Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 10, 2010

Shamsul Yusof Nyaris Maut semasa pembikinan Filem Evolusi KL Drift 2

Share








Bukan senang nak dapatkan shot terbaik dalam sesebuah filem. Ini diakui sendiri pengarah muda, Shamsul Yusof ketika penggambaran Evolusi KL Drift 2 yang hampir meragut nyawa dan melemahkan semangatnya untuk meneruskan penggambaran yang hanya tinggal seminggu untuk dihabiskan.

"Masa tu saya tengah drive kereta dan camera diletakkan di hadapan kereta. Sambil memandu, saya kena pantau monitor di sebelah sit. Entah macam mana boleh berlaku kemalangan dan besi yang memegang camera menghentam cermin depan dan hampir terkena saya lagi beberapa inci.

"Memang ayah saya marah sangat time tu. Jadi tertekan dan tak boleh nak push diri lagi dan saya berehat seketika. Merajuk juga sebab dia banyak bising pasal budget sedangkan saya baru mengalami kemalangan. Namun saya teruskan juga tanggungjawab bila keadaan dah stabil," ujar Shamsul membelanjakan RM2.5 juta untuk pembikinan Evolusi KL Drift 2.

Berlakon dan mengarah dalam masa yang sama bukanlah satu masalah besar baginya kerana pengalaman dua tahun yang ditimba digunakan sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri.

"Ada juga yang kata saya syok sendiri sebab sendiri mengarah dan sendiri berlakon tapi saya percaya pada bakat yang ada. Walaupun belum sempurna, tak salah kalau saya cuba dan perbaiki. Besar kemungkinan pada masa akan datang saya hanya akan menjadi pengarah sahaja.

"Filem ini adalah filem terakhir aksi saya kerana selepas ini saya akan fokus kepada genre lain pula seperti seram dan cinta kerana perlu memenuhi target ayah yang mahukan saya selesaikan tiga filem tahun ini," katanya yang meminati pengarah Micheal Bay.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-