Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 15, 2010

Scha AL-yahya disepak terajang? & Scha mengaku nak serius dgn Awal

Share









Kesian pelakon Scha Al Yahya apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster.

Memang tak berhati perut mereka yang melakukannya. Tapi itu semua hanya babak yang dilakonkan oleh Scha dalam filem terbarunya, ‘Evolusi KL Drift 2’.

“Ini filem aksi pertama Scha yang penuh emosi,” ujarnya secara ringkas apabila ditanya mengenai filem terbaru lakonannya.


Syamsul seorang pengarah muda yang berbakat

Scha yang tampil dengan imej rambut paras bahu ditemui ketika Majlis Tayangan Eksklusif Evolusi KL Drift 2 di Cathay Cineleisure Khamis lalu.

Seorang pelakon yang berpotensi tinggi dan bebakat besar, Scha telah diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai Aleeya, seorang ‘drifter’ wanita.

Bagi Scha, wataknya cukup mencabar dan benar-benar berbeza jika dibandingkan dengan watak-watak lain yang pernah dibawanya.

“Cabaran dalam filem ini apabila Scha kena belajar ‘drift’ dan buat aksi-aksi sendiri.”

Scha turut berbesar hati dapat berlakon di bawah arahan pengarah muda, Syamsul Yusof.

“Syamsul seorang pengarah muda yang berbakat. Dia memang bagus. Bagi Scha, dia macam orang yang dah lama mengarah.”




Scha nak serius dengan Awal

Alahai romantiknya Awal…
Dalam zaman serba canggih ini, laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter, MySpace, Netlog dan yang sewaktu dengannya dah mula menjadi kegilaan ramai termasuklah golongan selebriti.

Kalau sebelum ini Fasha Sandha meluahkan perasaan hatinya di MySpace, Memey Suhaiza letak gambar mesranya dalam Facebook, kali ini teman rapat Scha, siapa lagi kalau bukan Awal Ashaari pula meluahkan perasaannya dalam Twitter.

Antara luahan yang ditulis oleh Awal:

“If I never met u I wudnt like u. If I didn’t like u I wudnt love u. If I didn’t love u I wudnt miss u. But I did I do n I will.”

Apabila diajukan soalan kepada Scha berhubung isu ini, Scha menjawab:

“Oh ye ke. Scha pun tak tahu. Dah lama Scha tak buka Twitter. Bagi Scha, Awal seorang yang sangat ‘original’ dan dia kelakar. Romantik tu tak tahulah pula.”

Scha turut mengakui hubungannya dengan Awal sangat akrab dan mereka masih berusaha untuk ke arah yang lebih serius.

“Kami berusaha untuk pergi ke arah itu. Scha mengharapkan hubungan kali ini berjaya. Dan Scha taknak ada kegagalan seperti yang lepas-lepas,” ujar Scha mengakhiri perbualan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-