Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 16, 2010

Sayang bini!...Zamarul maki Fasha sampai menangis

Share









Selepas dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga seorang usahawan, Datuk S pada tahun 2007 dan rumahtangga pelakon Nora Danish dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli pada 2008, pelakon kontroversi Fasha Sandha sekali lagi dikatakan punca keretakan rumahtangga orang.

Kali ini membabitkan rumahtangga pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Mahligai yang dibina Zamarul dan Diana sejak Mei tahun lepas dikhabarkan bergolak gara-gara tindakan Fasha memuat turun gambarnya bersama Zamarul dalam satu forum menerusi blog Dramafilmakers.

Ekoran tindakan Fasha itu, Zamarul dikatakan naik angin dan memarahi Fasha di lokasi penggambaran drama ‘Dia Atilia’ sehingga Fasha menangis. Menurut sumber, Zamarul marah kerana tindakan Fasha yang memuat turun gambar itu tanpa kebenarannya.

Beberapa kali cuba menghubungi Zamarul untuk mendapatkan komen beliau namun panggilan itu dijawab oleh seseorang yang memberitahu Zamarul sedang sibuk menjalani penggambaran. Tak apalah. Mungkin dia tengah sibuk dan sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk drama ini.

Kemudian cuba menghubungi Diana. Pada mulanya Diana agak keberatan untuk ditemubual, namun akhirnya Diana sudi bekerjasama.

“Zamarul cakap jangan bagi apa-apa ‘statement’. Dia je nak jawab. Sebab benda ni tiada kaitan langsung dengan Diana. Memanglah Diana isteri dia, tapi Diana terpaksa hormat keputusan suami.”



Apabila ditanya sejauh mana kebenaran suaminya itu memarahi Fasha di lokasi, Diana menjawab, “Diana tak nampak situasi itu. Diana pun dengar dari krew-krew, so Diana tak nak komen lebih-lebih tentang perkara ini.

“Gambar tu takde apa-apa pun, gambar pose je. Fasha dalam karakter dia dan Zamarul dalam karakter dia. Cuma Zamarul sakit hati bila Fasha keluarkan gambar Zamarul tanpa pengetahuan Zamarul. Prinsip Zamarul dia memang tidak gemar gambarnya dimuat turun di mana-mana.

“Fasha ada call Diana minta maaf. Bagi Diana, Diana tak jeles sebab Diana faham kerja Zamarul. Diana tak nak melayan isu ini. Bagi Diana isu ini terlalu remeh dan tak ada kaitan dengan Diana.”

Ketika ditanya tentang rumahtangganya yang dikatakan bergolak, Diana hanya menjawab, “Hubungan Diana dan Zamarul tiada masalah,” jelas Diana mengakhiri perbualan.

Sensasi:wah wah sayang nyer dia kat Diana ek sampai tanak ada gambar ngan pompuan lain..best2 dpt laki mcm nie..tp yg x bestnyer..apsal x gentle..laki maki perempuan tue mcm x elok jer..maybe gambar tue nampak kontroversi kot?

1 comment:

pembaca setia lagi said...

gentle la wei marah pempuan, kalu x naik kepale pempuan dowh,zamarul, gua respek lu!

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-