Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 17, 2010

Sarimah dah ada Cinta baru

Share








Setelah beberapa ketika bergelar janda, pelakon, penyanyi dan pengacara berdarah kacukan ini akhirnya dikatakan sedang bercinta dengan seorang pelakon lelaki yang juga berdarah kacukan. Khabar berita ini sampai ke telinga pada minggu lalu, iaitu sebaik sahaja rancangan realiti ‘The Biggest Loser Asia’ berakhir.

Hrm… nampaknya Sarimah masih memilih jejaka yang mempunyai darah Inggeris. Walaupun buah hatinya itu hanya berdarah campuran, tetapi jejaka ini membesar dan menetap di London. Cuma sesekali dia akan terbang ke Malaysia apabila mendapat tawaran berlakon di sini.Harap perhubungan Sarimah dan jejaka ini akan berakhirnya ke jinjang pelamin. Nanti bolehlah buat ‘wedding of the year’.

Sementara itu, ada satu lagi gosip tentang Sarimah ini.kite dapat tahu, tugasnya sebagai pengacara rancangan ‘The Biggest Loser Asia’ untuk musim kedua tidak akan diteruskan. Menurut sumber, khidmat Sarimah tidak diteruskan kerana selebriti ini banyak kerenah dan sukar berkerjasama dengan pihak produksi. Malah, ada juga yang mendakwa dia berlagak diva dengan suka meminta sesuatu yang sukar dipenuhi. Kalau betullah dakwaan ini, memanglah satu kerugian kepada Sarimah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-