Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 26, 2010

Resipi: Lasagna ..makanan Italy yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia kini

Share








BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kisar

50 gm lobak (dadu)

50 gm seleri (dadu)

50 gm bawang besar (dadu)

20 gm bawang putih (titik)

2 biji kuning telur

100 gm mentega

20 gm keju parmesan

100 gm keju mozzarella

1 liter susu segar

500 gm kulit lasagna

100 gm pes tomato

20 gm tepung gandum

10 gm thyme

10 gm daun rosemary

20 gm parseli

Garam dan lada putih secukup rasa

Sedikit minyak



CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat sos daging, panaskan minyak, masukkan bahan yang didadu bersama bawang putih, daging kisar, pes tomato, thyme dan rosemary. Tumis hingga daging masak.

2. Untuk membuat sos mornay, cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau rata dan masukkan susu segar, kacau pekat dan sebati.

3. Tutupkan api, masukkan kuning telur dan keju parmesan. Kacau rata.

4. Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Letakkan kulit lasagne (telah direbus) berselang-seli dengan sos daging, sos mornay dan keju mozarella.

5. Habiskan lapisan teratas dengan kulit lasagne dan keju mozarella.

6. Bakar di dalam ketuhar 180oC selama 20 minit

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-