Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 17, 2010

Melodi dan Nas Ahmad Disaman 10 Juta oleh Penerbit dan Pengarah Jurey Latiff Rosli

Share








SETELAH notis meminta produksi Melodi dan wartawannya Nas Ahmad untuk meminta maaf menerusi akhbar dan televisyen yang dikeluarkan pada Januari tahun lalu tidak diendahkan, akhirnya penerbit dan pengarah Jurey Latiff Rosli mengambil keputusan untu menyaman kedua-dua pihak itu.

Menurut Jurey ketika dihubungi, pengurusan kes saman fitnah dan malu sebanyak RM10 juta itu akan berlangsung pada 18 Mac ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jurey yang memakai baju kaler oren

“Selepas tiga bulan daripada tarikh saman itu difailkan, saya dapati pihak Melodi dan Nas Ahmad tidak melakukan apa-apa tindakan.

Pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

“Nas telah menuduh saya yang bukan-bukan dengan membacakan sebuah emel layang tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu.

“Selepas itu, dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dia telah menerjah saya.

“Disebabkan itu, saya mahu dia memohon maaf di dalam akhbar dan televisyen. Tapi mereka tidak endah langsung. Jadi, sebab itu saya mahu saman fitnah dan saman malu,” jelasnya lagi.

Dalam kes saman tersebut, Jurey diwakili oleh peguamnya, Shaharudin Sham Sunder

3 comments:

Anonymous said...

memang patut pun...freedom of the press dalam konteks 'fourth estate' tidak melangkaui hak individu...

Syabas kpd plaintif tersebut - satu-satunya personaliti yg berani membawa si nas ahmad yg biadab ini ke mahkamah.

Anonymous said...

defamation is public disclosure of private facts, which arises where one person reveals information that is not of public concern, and the release of which would offend a reasonable person....Unlike libel, truth is not a defense for invasion of privacy. - inilah undang2 yg akan mencekup si nas ahmad.

Anonymous said...

(Petikan dari blog Sensasi Selebriti & beberapa akhbar lain) :

Ingat lagi tak entri Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad yang Budiey siarkan pada 17 Mac 2010. Haa, dua hari lalu, iaitu pada 16 Julai 2013, kes ini telah pun selesai. Wow, lama juga kes ini memakan masa untuk selesaikan. Syukurlah, segalanya diselesaikan dengan baik mengikut keputusan mahkamah.

Hampir semua akhbar telah pun menyiarkan tentang berita ini. Portal Mstar ada menyiarkan: Jurey Latiff Kalah Saman TV3 Budiey suka memetik dari akhbar Utusan Malaysia:

Saman fitnah RM10 juta oleh penerbit drama televisyen, Jurey Latiff Rosli terhadap Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) kerana mengaitkannya dengan seorang gadis dalam rancangan hiburan Melodi, kira-kira lima tahun lalu, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

jurey

Jurey Latiff yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mendakwa fitnah tersebut disiarkan dalam Melodi pada pukul 12.30 tengah hari, 21 September 2008 yang dikendalikan oleh wartawan, Nas Ahmad.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam keputusan secara lisan mendapati segmen Melodi itu tidak memfitnah Jurey Latiff memandangkan dia telah diberi peluang untuk membela dirinya atas dakwaan tersebut namun memilih untuk menyampaikan cerita versinya sendiri.

Malahan menurut hakim itu, berdasarkan keterangan Nas Ahmad, saksi tersebut menyatakan telah menghubungi Jurey Latiff sebelum segmen Terjah disiarkan.

Hakim Nik Hasmat berpendapat, saksi itu dan TV3 telah menjalankan tugasnya sebagai wartawan dengan sikap penuh bertanggungjawab.

“Jika dilihat daripada perkataan tersebut, seolah-olah memfitnah Jurey Latiff. Namun apabila dilihat daripada keseluruhan fakta dan kes itu perkataan tersebut tidak terjumlah kepada memfitnah. Ini kerana Jurey Latiff mengetahui dakwaan terhadapnya dan menyedari mengapa soalan itu diajukan kepadanya.”

Beliau berkata, temubual yang dibuat oleh Nas Ahmad semata-mata untuk mendapatkan maklum balas Jurey Latiff dalam hal tersebut.

Sehubungan itu, mahkamah menolak saman Jurey Latiff selaku pihak plaintif dengan kos RM25,000.

Plaintif menamakan TV3 sebagai pihak defendan dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 13 Januari 2009 dengan mendakwa Melodi menyiarkan perkataan yang membawa maksud dan difahami, dia sebagai individu, suami dan bapa yang tidak bermoral. Sumber: Utusan Malaysia

Budiey ada mengambil kenyataan daripada Nas Ahmad:

Syukur alhamdulillah kes yang dah 5 tahun ini akhirnya dah selesai. Ia membuktikan kita hidup di negara yg ada undang-undang. Walau ‘Terjah’ yg saya cipta lebih 7 tahun lepas & masih aktif hingga kini tu sifatnya sensasi & kontroversi, tapi saya tetap patuh pada etika kewartawanan & penyiaran dalam menyiarkannya. Jangan buat berita fitnah atau berita berat sebelah. Saya sedar ada segelintir kecil pihak yg beranggapan Terjah itu kononnya ‘mengaibkan’ atau seumpamanya sehingga ada yg mencemuh saya, semua beban tu saya rela pikul di bahu asalkan saya tahu apa nawaitu sebenar saya. Moga persada seni dan bidang kewartawanan hiburan negara kita terus sukses seiring kemajuan negara.

Semoga ini dijadikan iktibar buat semua karyawan dan anak seni…

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-