Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 30, 2010

Marsha suntik botox?

Share









Penyanyi serta pelakon jelita ini tidak putus-putus dirundung kontroversi. Selepas isu putus cinta, berpakaian seksi dan 'lovebite', kini Marsha dikaitkan pula dengan gosip yang mengatakan dia melakukan suntikan botox untuk mendapatkan raut wajah jelita.

Berpeluang bertemu dengan pelakon utama drama muzikal bersiri, 'Hotel Mania' baru-baru ini, dia ternyata terkejut dnegan dakwaan tersebut. Namun Marsha yang sudah beberapa tahun bergelumang dengan dunia seni, tidak mudah melatah. Sebaliknya dia dengan senyuman manis menafikan perkara tersebut.

Katanya dia masih terlalu muda untuk mendapatkan rawatan kecantikan seumpama itu. Apatah lagi dia sudah berpuas hati dengan kecantikan asli yang dimilikinya.


Berpuas hati dengan kecantikan asli yang dimiliki
"Kalau ada orang yang cakap saya semakin cantik sekarang, saya ucapkan terima kasih. Sebabnya bukan mudah untuk dapatkan penghargaan seperti itu daripada orang lain. Tetapi saya nak beritahu di sini, saya tidak pernah melakukan sebarang suntikan kecantikan di wajah saya seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

"Mungkin berat badan saya yang sedikit bertambah sejak kebelakangan ini membuatkan wajah saya kelihatan sedikit gebu. Tetapi saya dah lama tak timbang berat badan cuma dapat merasakan badan sedikit berisi," ujarnya.

Untuk membuktikan apa yang dikatakannya itu benar, dia tidak segan-segan memicit-micit wajahnya. Katanya kalau dia benar-benar membuat suntikan botox seperti yang diperkatakan, dia sudah pasti tidak mampu melakukan sedemikian rupa pada wajahnya.

"Gosip tersebut sangat mengarut. Entahlah lepas ini gosip apa pula yang akan keluar mengenai diri saya. Bagaimanapun sebagai selebriti saya memang sentiasa perlu menjaga penampilan supaya kelihatan cantik di mata peminat. Namun melakukan botox bukanlah pilihan saya," katanya yang mengakui solekan yang sesuai dengan wajah memberikan impak yang besar terhadap penampilan seseorang artis.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-