Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 30, 2010

Linda Onn memberi Peringatan kepada Scha berkenaan Kesnya dengan Fahrin

Share








Sensasi:haa..tajuk tak agak2 panas dan kontroversi...layankan..

Tindakan Linda Onn menamakan Scha Al-Yahya di dalam surat peguamnya kepada Fahrin Ahmad, menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat kononnya bekas kekasihnya itu panas baran dan kaki pukul adalah sebagai mengiyakan apa yang dikatakan Scha sebelum ini, mengejutkan ramai.

Semua tertanya, bukankah mereka berdua ini rakan karib? Mana mungkin seorang teman yang dikatakan kawan baik sanggup berbuat sedemikian.

Dari awal kes ini, jelas permasalahan yang wujud adalah di antara Fahrin dan Linda. Tidak pernah pun Fahrin mengungkapkan nama Scha. Tetapi tiba-tiba namanya ditimbulkan Linda. Jika kes ini berlanjutan ke mahkamah, Scha terpaksa tampil memberi keterangan.

“Scha tak tahu dia akan berbuat begitu. Terkejut juga tapi takpe-lah. Scha pun tak boleh komen lebih-lebih,” katanya yang ditemui baru-baru ini di majlis memperkenalkan dirinya sebagai wajah baru Carefree.

“Scha percaya dia mempunyai alasannya sendiri. Masing-masing (Fahrin dan Linda) ada ego, sebab dan kebenaran yang ingin dipertahankan, imej untuk dijaga. Bagi Scha, jika benda ni tak teruk, tidak perlu di panjang-panjangkan cerita.”

Menegaskan mereka masih berkawan – bulan lepas, Linda ada menjemputnya untuk turut sama dalam sambutan Maulud Nabi – kongsi Scha, Linda pernah mengingatkan supaya jangan membiarkan hubungan mereka renggang.

“Bila benda ini mula tercetus, dia minta Scha ingatkan satu benda saja, jangan biarkan orang luar merenggangkan hubungan kami. Kami berkawan secara ikhlas, tiada komplot-komplot. Walaupun benda ini berlaku, kami masih berkawan. Linda seorang yang ‘open-minded’, pemikirannya tidak kolot. Takde-nya dia nak bermusuhan sebab perkara ini.”

Kongsinya lagi, mereka tidak pernah berbincang mengenai kes ini walaupun selepas namanya dikaitkan. Malah dia juga tidak mengetahui apa perkembangannya.

“Scha sibuk, dia pun sibuk. Seronok jadi dia. Duit banyak,” selorohnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-