Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 26, 2010

Lima Sebab AC Mizal Dipecat Dari Muzikal Cuci 2- Hans

Share








BUKAN hanya satu, tetapi ada lima sebab pelakon AC Mizal dipecat dari menyertai pementasan teater Muzikal Cuci 2 pada 27 Julai hingga 9 Ogos ini.

Walaupun AC telah menghantar surat rasmi kepada produksi Cuci 2 untuk menarik diri daripada berlakon dalam teater itu sebelum ini, pihak produksi juga berhak melayangkan surat pemecatannya daripada dia terbabit dengan teater itu.

Penerbitnya, Hans Isaac menjelaskan, jika dipendekkan cerita mengenai sebab pemecatan itu adalah AC telah melanggar kontrak dengan produksi.

“AC telah mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Cuci The Musical. Jadi, sebab itu kita telah menghantar surat rasmi yang menunjukkan dia telah dipecat.

“Ikutkan, kita pecat dia bukan disebabkan dia tak mahu lagi berlakon Cuci The Musical 2 sahaja tetapi ada lima sebab.


Pelakon baru dan lama Muzikal Cuci 2.

“Antaranya, kita tidak berpuas hati dengan masalah etikanya seperti 60 peratus tidak hadir ke sesi latihan dan tidak hadir ke sidang media pertama Cuci The Musical dulu,” beritahunya kepada mStar Online.

Tambah pelakon teater itu lagi, AC siap boleh berikan alasan yang dia berada di China sewaktu majlis sidang media itu pada tahun lalu. Sedangkan, tarikh itu dipilih untuk mengadakan sidang media kerana semua pelakon sepatutnya menjalani latihan teater.

AC juga tidak sepatutnya membuat kenyataan kepada media tentang cerita dalaman produksi sebaliknya perlu meminta kebenaran daripada produksi.

“Dia tak sepatutnya bercakap apa-apa tentang produksi,” ujarnya lagi menerusi telefon.

Namun begitu, Hans enggan mengulas lanjut ketika disoal sama ada Tall Order Productions Sdn Bhd (TOPSB) akan mengambil tindakan saman terhadap AC.

“Kita belum tahu lagi kerana kita perlu berbincang dengan rakan kongsi lain. Mereka melaburkan berjuta ringgit dan lebih layak bercakap tentang hal seperti ini,” jelasnya.

Ditanya sama ada terdapat punca lain yang menyebabkan perselisihan faham itu timbul, Hans juga enggan memberikan komen.

“Saya hanya boleh katakan yang dia telah melanggar kontrak dengan kita. Walaupun dia membuat banyak kerenah, kita telah menjelaskan semua bayaran kepadanya.

“Untuk tahun 2010 ini, saya mahu menumpukan kepada Cuci The Musical 2 dengan melakukan yang lebih bagus dari tahun lepas,” katanya mengenai teater yang diarahkan oleh pengarah yang sama, Harith Iskander dan Zahim Al-Bakri.

Bercerita tentang pembaharuan lain yang dilakukan oleh Cuci 2, Hans mahukan syarikat korporat dan swasta melihat teater itu sebagai tanggungjawab sosial korporat swasta (CSR).

“Kita mahu syarikat korporat dan swasta memberi sokongan kepada Cuci The Musical 2 dengan membeli tiket untuk anak-anak yatim,” beritahunya yang turut sibuk dengan pra-produksi filem kedua arahannya, Lemak Kampung Baru.

Selain itu, album yang memuatkan 11 buah lagu Cuci The Musical yang dirakamkan semasa pementasan teater itu sebelum ini akan dipasarkan dalam bentuk cakera padat (CD) pada bulan depan dengan harga RM39.

Peminat Muzikal Cuci boleh dapatkan album itu dengan membuat tempahan di Facebook menerusi akaun Cuci The Musical atau layari laman web cucithemusical.com atau di kaunter Box Office, Istana Budaya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-