Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 26, 2010

Komen Zulhuzaimy berkenaan Pergolakan Rumah tangganya yang retak akibat Facebook

Share









SEJAK mendapat tahu rumah tangga pelakon kesayangan ramai, Zul Huzaimy Marzuki dan isterinya, Nor Dalilah Muhammad sedang bergolak gara-gara cinta sibernya, hampir setiap hari cuba mendapatkan komen Zul bagi menjelaskan perkara sebenar.

Beberapa minggu selepas itu, kisahnya sudah mula tersebar menerusi beberapa laman forum gosip sehinggakan beberapa ahli forum tersebut berjaya mengesan beberapa perkara perihal Zul.


Mengejutkan sekali, apabila Zul dikatakan menjalinkan hubungan cinta siber dengan seorang wanita bernama Sofea.

Malah, dia dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon itu. Selepas mendapatkan komen Sofea, Kosmo! meminta bantuan wanita tersebut untuk menghubungi Zul. Bagaimanapun, selepas berjaya bercakap dengan pelakon itu, dia enggan memberi komen panjang.

Pihak Kosmo! pula cuba menjejaki Dalilah atau Dila melalui Facebook dan dia tidak keberatan untuk memberi kerjasama dengan memberi penjelasan sebenar. Cuma, Dila sedikit takut jika kenyataannya boleh menimbulkan suasana tegang.


Apalagi dengan beberapa kejadian yang telah berlaku sehingga membuatkan wanita yang memiliki seorang anak lelaki bersama Zul, Awal Haziq itu membuat laporan polis untuk keselamatannya serta keluarga.



Mengenai laporan polis yang dibuat, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakarudin Che Mood ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku antara Zul dan Dila pada 17 Mac lalu.

"Laporan itu juga telah ditarik balik pada 20 Mac lalu. Walaupun kes ditarik balik, polis tetap meneruskan siasatan di bawah seksyen 323 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.



Rumahtangga yang dibina Zul sejak tahun 2005 kini sedang bergolak tanpa dipinta. Walaupun tidak menjelaskan hal sebenar secara keseluruhannya, Zul bertegas untuk tidak bercakap tentang penceraian kerana ia belum terjadi dan meminta kepada pihak yang berkenaan berhenti mencampuri urusan peribadinya.


Boleh komen tentang gosip penceraian dan cinta siber Zul?

No Comment.

Benarkah Zul sudah bercerai?

Usah dengar khabar angin.

Komen Zul mengenai perkara ini?


Bagi orang yang tiada kena mengena dengan saya, tolong jangan buat interpretasi dan fitnah. Jika mereka tidak kenal siapa saya, kenapa mahu cakap tentang hal peribadi saya?

Bengang dengan gosip yang tersebar?

Bukan saya tidak kisah, tetapi terkilan dengan cerita palsu yang dikeluarkan. hentikan perbuatan itu. Mereka tidak berada di tempat saya dan rasa apa yang terpaksa saya lalui bila gosip ini dikeluarkan.

Takut tak jika peminat lari disebabkan perkara ini?

Hidup ini ada baik dan buruknya. Bila munculnya situasi begini, saya tak percaya semua orang yang akan membenci saya kerana masih ada lagi orang yang berfikiran

1 comment:

Anonymous said...

Kalu dah gatal tu ckap jela gatal...ni tak ngaku lak...dah depan mata kantoi...belah la woi zul...

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-