Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 30, 2010

Kes Bicara Darren Choy pd 13 Ogos ; kerana cuba mengadakan hubungan seks dengan Daphne Iking

Share








Darren Choy yang pakai baju puteh tue..daphne iking tentunya berbaju merah tue

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Ogos depan untuk mendengar rayuan kes perbicaraan yang melibatkan selebriti terkenal Daphne Iking.

Hakim Mohd Sofian Abd Razak telah menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah peguam Akbardin Abdul Kader, bagi pihak Darren Choy Khin Ming, bahawa beberapa dokumen berhubung ujian bagi menentukan paterniti dan juga laporan polis berkaitan kes itu telah selesai dan siap untuk dibentangkan.

Darren Choy mencabar kesahihan keputusan Magistret Mohd Faizi Che Abu pada Ogos tahun lalu yang membenarkan bekas suami Daphne, Ryan Chong Yiing Yih menyamannya walaupun pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan kes ke atasnya atas dasar ia adalah situasi atau isu peribadi antara suami dan isteri.

Ryan Chong diwakili oleh Ng Si Seng.

Jumaat lepas, mahkamah menetapkan tarikh 12 hingga 14 Julai dan 26 hingga 28 Julai untuk mendengar permohonan Darren Choy untuk merujuk kepada Mahkamah Tinggi tujuh persoalan perlembagaan bagi menentukan sama ada saman peribadi ke atasnya adalah sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Darren kini bergelut dengan saman peribadi yang difailkan oleh Ryan Chong yang menuduhnya cuba memikat Daphne Iking, yang ketika itu masih menjadi isteri Ryan Chong dengan niat untuk mengadakan hubungan seks dengan isterinya itu.

Darren dituduh melakukan kesalahan itu di menara The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, dekat sini antara Julai hingga September 2008.

Menurut fakta kes, Daphne Iking berkahwin dengan Ryan Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun bernama Isobel Daniella Iking-Chong.

Pasangan ini bercerai tahun lepas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-