Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 23, 2010

Filem Terbitan KRU: Magika layak dpt rating 5 Bintang drpd 5 bintang..Setaraf Alice In wonderland

Share









Lagu tema Filem Magika : Penyembuh Rindu...best..mawi nampak hensem sket bila berambut panjang...

Buah tangan terbaru terbitan KRU Studios telah berjaya memikat hati pihak media apabila ia dipertontonkan baru-baru ini. "Magika", filem arahan pertama daripada Edry Abdul Halim, adik kepada Norman dan Yusry ini dijangka memberi sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah ditonton oleh peminat filem tempatan. Berkonsepkan muzikal adventure yang buat pertama kalinya dihasilkan dalam filem tempatan, penonton bakal saksikan kesemua barisan pelakon yang terlibat dengan filem ini menyanyi!


Filem ini mengisahkan dua adik-beradik, Ayu (Diana Danielle) dan Malik (Fimie Don) yang sesat di sebuah dunia ghaib bernama Magika. Berusaha mencari jalan keluar, Ayu dan Malik terpaksa mengharungi pelbagai rintangan, namun mereka bernasib baik apabila Badang (Mawi) cuba membantu mereka. Pada masa yang sama, bibit-bibit percintaan mula timbul di antara Ayu dan Badang.


Jika sebelum ini kita kerapkali disaji dengan kisah-kisah dongeng popular dari barat seperti Cinderella, Peter Pan, Snow White and the Seven Dwarfs dan banyak lagi. Berbeza pula dengan "Magika". Jalan ceritanya berkisahkan beberapa cerita rakyat popular seperti Pak Pandir dan Mak Andeh, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, Orang Minyak, Hang Tuah dan lima beradiknya, Badang dan banyak lagi.Jadi idea untuk menerapkan cerita-cerita rakyat ini dalam filem sangat bagus agar ia tidak dilupakan begitu sahaja terutama sekali oleh generasi muda. Malah Edry turut mengharapkan filem kelima terbitan KRU ini yang kerapkali dibandingkan dengan "Alice In Wonderland" mampu memberi pengajaran kepada penonton kerana terdapat mesej-mesej yang terselit di sebalik kisah-kisah tersebut.

"Magika" menyaksikan penampilan pelakon dan artis terkenal tanah air seperti Mawi, Ning Baizura, Ziana Zain, M.Nasir, Maya Karin, Aznil Hj. Nawawi, Adibah Noor, Dato' Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Fauziah Ahmad Daud, kumpulan Senario dan ramai lagi. Memandangkan ia bergenre muzikal, tidak sah jika penonton tidak disaji dengan lagu-lagu menarik yang dinyanyikan oleh barisan pelakon. Memanglah benar kebanyakan pelakon "Magika" adalah seorang penyanyi yang hebat. Tiada siapa dapat menandingi suara Ning, Ziana, Adibah dan juga sifu M.Nasir. Namun pujian harus diberikan kepada pelakon-pelakon lain kerana mereka juga tidak kurang hebatnya terutama sekali Diana Danielle. Walaupun lakonannya agak sedikit kaku di sesetengah babak, namun nyanyiannya menutup kekurangannya itu. Gabungan Diana sebagai 'kakak' kepada pelakon cilik Fimie Don juga serasi. Lakonan Mawi pula layak diberi pujian walaupun masih kaku. Namun jika dibandingkan dengan lakonannya melalui filem arahan Azahari Mohd Zain "Jin Notti" (2009), lakonannya kali ini ada peningkatan dan ia tidak mengecewakan. Mawi masih perlu banyak memperbaiki skil lakonannya kerana dia berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan. Walaubagaimanapun gandingan Mawi dan Diana nampak sedikit kekok kerana kelihatan seperti abang-adik.

Tidak sah jika filem-filem terbitan KRU tidak mempunyai teknik penjanaan imej-berkomputer (CGI). Lihat saja filem-filem sebelum ini - "Cicakman", "Jin Notti", semuanya menggunakan teknik CGI. Namun penggunaan teknik CGI dalam "Magika" lebih berkesan dan nampak benar terutama sekali di babak ketika Ayu dan Fimie cuba melintasi jalan Batu Belah Batu Bertangkup dan saat diserang oleh Naga Tasik Chini.

Dengan sinematografi yang cantik, CGI yang nampak benar, lagu-lagu 'catchy' dan lakonan hebat, "Magika" telah meletakkan satu 'standard' baru dalam industri filem tempatan. Filem yang memakan kos RM2 juta ini telah menunjukkan filem tempatan semakin meningkat dan mampu ke persada dunia jika berpeluang. Walaubagaimanapun kepada mereka yang telah menonton "Magika" dan mengharapkan sekuel akan menyusul, bermimpilah kerana Edry ingin "Magika" ditamatkan seperti itu sahaja. Namun jika diberi peluang menghasilkan sebuah filem muzikal sekali lagi, Edry memberitahu dia akan mencari idea baru dan 'fresh' untuk dipertontonkan. Nampaknya filem pertama Edry akan berjaya menarik perhatian orang ramai. Tahniah Edry!


"Magika" dijangka untuk tayangan pada bulan September 2010.

Tonton Trailer Magika...amacam,ade tak rupe2 mcm Alice in wonderland?

1 comment:

Anonymous said...

good tapi tak original cam cite the 10th kingdom
http://en.wikipedia.org/wiki/The_10th_Kingdom

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-