Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 17, 2010

Filem Kapoww bakal menyusul lepas Raja Lawak..Jom tgk trailer Filem Kapoww The Movie

Share







SELEPAS tugasan mengemudikan program Raja Lawak melabuhkan tirainya baru-baru ini, kini pengacaranya Zizan Raja Lawak kembali sibuk dengan kerjaya lakonannya semula.

Menurut Zizan yang ditemui baru-baru ini, dia dan Johan akan kembali mengendalikan program bual bicara Jozan Show untuk musim kedua.

Program yang bakal memulakan rakamannya tidak lama lagi itu akan menampilkan pengisian yang lebih segar selain lawak jenaka daripada Zizan dan Johan bersama tetamu undangan.

"Selepas ini, saya dan Johan akan kembali dengan proses rakaman Jozan Show. Untuk musim baru ini, kita akan tampilkan pengisian yang sedikit berbeza.

"Namun, saya tak boleh ceritakan lebih lanjut tentang kelainan pada musim ini.

"Biarlah penonton tunggu dan lihat apabila musim baru ini bersiaran tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Zizan yang sudah tidak sabar menantikan tayangan filem sulung lakonannya Kapoww, berkata, sebagai promosi awal kepada orang ramai tentang filem komedi itu, produksinya, Tayangan Unggul bakal menghasilkan drama bersiri 13 episod.

"Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kapoww The Series sebanyak 13 episod.

"Drama ini memaparkan pengenalan kepada jalan cerita filem Kapoww yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

"Penggambaran drama ini sudah pun bermula seminggu yang lalu. Ia akan dibahagikan kepada dua blok, tujuh episod pertama akan disiarkan sebelum filem ini ditayangkan, baki enam episod lagi akan disiarkan selepas filem itu menemui penonton nanti," ujar Zizan

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-