Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 30, 2010

Budak 7 tahun dapat A peperiksaan A-level ,matematik adalah subject yang sgt mudah

Share










Sensasi:bagi sensasi matematik adalah satu matapelajaran yang sgt mudah sekiranya anda berjaya menguasai basic matematik tue sendiri,Matematik nie logik,dan cuma perlu tahu basic selebihnya boleh faham matematik dgn logik.Sebab tue kita lihat kalau pelajar tue pandai matematik,dia akan minat dan skor superb dlm matapelajaran nie,sbb sbnarnye math nie kacang jer..bagi yg malas blajar basic math..bila tgk yg susah sket terus rasa lemah sbb basic pun da xberapa mahir..tue la sbnarnye dlm education nie yg penting ialah basic...so pastikan anda dan anak-anak anda mulakan dengan menguasai basic sesuatu mata pelajaran itu sblm melangkah ke peringkat yg lebih rumit..sensasi tetap top student math dulu.. :P


LONDON - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam.

Yasha dari Leicester memberitahu: "Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan. Baki soalan lain okey."

Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu.

Bapanya, Moussa, 47, berkata: "Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Saya berasa bangga dengannya."

Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.

Moussa berkata: "Dia mempunyai bakat belajar."

Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya.

Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-