Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 26, 2010

Benjy Mengaku Tak Bersalah Miliki 0.24g Syabu ...dan didakwa dibawah Seksyen 12(2) sahaja..?

Share







Sensasi:Ramai yang pelik mcm mana kes yang pada awalnya dibawah seksyen 39B ,dimana hukuman mati mandatori kini didakwa dibawah sekseyen 12(2) iaitu dengan hukuman penjara kurang 5 tahun atau Denda RM100,000,atau kedua-duanya sekali..dan tuduhan Benjy juga kini dikatakan sebagai memiliki bukan mengedar.

KUALA LUMPUR: Aktor drama Khaeryll Benjamin, 31, atau Benjy mengaku tidak bersalah memiliki 0.24 gram methamphetamine atau syabu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Anak lelaki seniwati Azean Irdawaty itu, yang sebelum ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah, mengaku tidak bersalah memiliki 0.24 gram dadah itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan Benjy diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 April untuk sebutan kes itu.

Sementara, ibunya, aktres veteran Azean Irdawaty yang turut hadir di mahkamah tersebut ditemani anak perempuannya bertindak selaku penjamin.

Benjy yang ditahan reman selama tiga minggu bermula 12 Mac lalu bersama rakan wanitanya berusia lingkungan 20an dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-