Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 26, 2010

Benjy Ditahan semula kurang daripada 2 jam selepas diikat Jamin

Share







Khaeryll Benjamin atau lebih mesra dikenali Benjy telah ditahan semula polis untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas), lapor BERNAMA. Ini berlaku kurang dua jam selepas Mahkamah Majistret membenarkannya diikat jamin.

Dalam laporan tersebut - 'Benjy Ditahan Semula Selepas Selesai Bayar Jamin' - Benjy yang ketika itu berada di kaunter pembayaran jamin, di mana ibunya, Azean Irdawaty telah membayar wang ikat jamin RM2,000, dihampiri dua anggota polis yang memaklumkan dirinya ditahan semula.

Baik Benjy mahupun ibu atau adiknya, Elza Irdalyna terkejut dan bingung dengan apa yang berlaku. Benjy dikatakan tidak dapat berbual dengan ibunya, hanya sempat bersalaman dengannya.

Azean meluahkan rasa kesalnya kepada para wartawan atas layanan polis yang keberatan untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku kepada anak tunggalnya itu.

"Beberapa kali Kak Yan tanya kenapa anak saya ditangkap tetapi tiada seorangpun yang beritahu kenapa. Tidakkah seorang pun anggota polis di situ berfikir bahawa Kak Yan ni adalah ibunya yang sedang sakit. Tak boleh beritahu elok-elok ke."

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-