Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 30, 2010

Anak Cif Inspektor mati dirodok pisau di kedai makan dihadapan org ramai

Share







Sensasi:ish3 kesian..org ada ramai pun kene bunuh jugak..pastu takde sapa nak tolong pulak tue..zaman skrg dah tak wujud lagi ke penyelamat,hero?semua takut hilang nyawa..byk dah kes,org tgk je bila org lain kene pukul...nak salahkan mereka pun x boleh,mereka pun ada keluarga,anak bini nak jaga kan..habes tue mcm mana?



KUALA LUMPUR - Seorang anak Cif Inspektor maut ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh seorang daripada empat suspek ketika sedang minum di Restoran Istana Curry House berhampiran Puduraya di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, semasa kejadian pada pukul 3 pagi, mangsa, K. Daniel Deenesh (gambar kecil), 25, anak seorang pegawai polis bertugas di Kuantan minum seorang diri di restoran itu.

"Mangsa iaitu anak kepada Cif Inspektor, Kutty Krishnan baru tiba dari Kuantan dan ketika sedang minum dia tiba-tiba didatangi empat lelaki yang kemudian menyerangnya menggunakan pisau.

"Salah seorang suspek telah merodok perut mangsa berkali-kali menyebabkan mangsa rebah dan mati di tempat kejadian," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tidak berani berbuat apa-apa kerana suspek-suspek mempunyai senjata tajam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-