Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 8, 2010

Akhirnya Zizan Raja Lawak Berterus Terang sebab dia meninggalkan Leez..kononnya Leez curang

Share








KL, 8 MAC 2010: Disebabkan cerita Leez ,tak pasal-pasal pulak Zizan Raja Lawak kena kerumun dengan beberapa wartawan di final Gelanggang Raja Lawak Musim Ke-4, malam tadi.

Semuanya nak tahu sebab apa Zizan tinggalkan Leez. Betulkah pula yang Zizan tinggalkan Leez sebab tanpa sebarang penjelasan.

Akhirnya selepas puas ditanya, baru dapat tahu Zizan ceritakan jugak hal yang sebenarnya bahawa sewaktu masih lagi bercouple dengannya, Leez ada keluar dengan lelaki lain.

Kebetulan ibu Zizan pun ternampak insiden ini. Jadi, sebab itulah Zizan ambil keputusan untuk putuskan hubungannya dengan Leez.

Lepas itu, ada pula yang tanya Zizan siapakah gadis bertudung yang dilihat bersamanya. Zizan cepat-cepat menafikan. Katanya, dia memang tidak ada awek. Malah, dia juga tidak ada keluar dengan mana-mana gadis bertudung.

Berkemungkinan gadis bertudung yang dimaksudkan itu adalah ibunya sendiri. Hai, lucu pulak si Zizan ni. Nanti, kalau senang-senang bolehlah Zizan tunjukkan wajah ibunya yang bertudung .

Tapi, Zizan tak nafikan yang ibunya memang mahukan dia memilih calon isteri yang bertudung. Ha…Apa lagi. Pada gadis-gadis bertudung di luar sana, lepas ni bolehlah hantar resume pada Zizan ya. Manalah tahu, hantar-hantar, sangkut pula.

Apapun, Zizan yang dimaksudkan bersama gadis bertudung itu rasanya bukanlah Zizan Raja Lawak tapi aktor Zizan Nin la kot..haha

Sensasi:haih,cemburu sgt ke leez kuar ngan laki lain..xde ke soal siasat dulu sapa laki tue..tau2 kene tinggal tanpa alasan..x okey la cam nie..at least bgtau la.huhuhu..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-