Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, March 28, 2010

16 buah kereta dihempap pokok di Wangsa Maju

Share








KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir kira-kira jam 5 petang semalam mengakibatkan 16 kenderaan yang diletakkan di tempat meletak kereta awam di dua kejadian berasingan di ibu kota, rosak dihempap pokok, petang semalam.


POTONG...kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memotong pokok yang menghempap kenderaan selepas hujan ribut di Jalan Raja Chulan, semalam.
Selain itu, beberapa jalan utama sesak akibat dihalang rimbunan pohon tumbang yang menghalang lalu lintas selain keadaan menjadi lebih buruk apabila kebanyakan warga kota keluar pejabat.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam dua kejadian berkenaan. Di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, lapan kereta remuk hampir 80 peratus selepas semua kenderaan di tempat meletak kereta awam itu dihempap beberapa pokok dalam tiga kejadian di situ.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.30 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.


Menurutnya, sebuah jentera dengan lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian.


“Terdapat tiga tempat berasingan di Seksyen 1, Wangsa Maju yang membabitkan lapan kenderaan dalam kejadian pokok tumbang ini.





“Kami sudah melakukan kerja pembersihan, memotong serta mengalihkan pokok daripada kenderaan yang dihempap,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-