Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 31, 2010

Funny Video: Britneys Fanatic Fan..merayu org ramai supaya "Leave britney alone"

Share









haa..menarik ok video nie...kelakar pun ader sbb begitu emosi skali Chris Crocker nie merayu org ramai supaya jgn ganggu britney...Well,im a big fan of britney too..nanti sensasi pun nak wat la video mcm nie..leave britney alone! T_T

Nasha Bakal Berkahwin dengan Kekasihnya Iman Tang (cina muallaf) Jun 2010

Share









AKTRES jelita Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang.

Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini.

Ketika ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin, Nasha yang kelihatan berseri-seri berkata, teman lelakinya Iman Tang sudah pun melamarnya.

"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga.

Kata aktres berperwatakan manja ini lagi, "Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah.

Model tinggi lampai yang tidak mudah meluahkan rahsia hatinya itu berkata, cinta itu lebih manis bila dipelihara batasan agama.

"Saya agak tradisional dalam soal pergaulan dan perhubungan. Mungkin sebab itu saya ambil masa yang lama untuk menerima lelaki untuk menjadi teman hidup," kata Nasha yang mengakui dia sudah pun membuat perancangan untuk menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Menurut Nasha, dia dan Iman Tang akan menunaikan umrah pada 10 Mei depan selama dua minggu. Sekembalinya dari sana, jika tiada aral melintang dan sekiranya semua berjalan lancar, Nasha akan disatukan dengan kekasih hatinya itu.

Kebetulan ketika sedang berbual, Iman Tang telah menelefon Nasha dan di kesempatan itu, Nasha telah menghulurkan telefon bimbitnya untuk penulis bertanya khabar. Di hujung sana, kedengaran suara Iman Tang memberi salam dengan penuh takzim.

Tanpa perlu mengorek isi hatinya, Iman Tang berkata, "Saya amat sayangkan Nasha. Insya Allah, kami akan berkahwin Jun ini sekembalinya dari Mekah".

Iman Tang, yang sedang mengikuti kursus kahwin berkata, wajah ayu dan peribadi menarik milik wanita bernama Nasha Aziz ini sudah lama jadi dambaannya. Malah kata Iman Tang lagi, perhubungan dua tahun antara mereka sudah cukup membuktikan yang mereka pasangan serasi.

Bak kata Nasha, "bukan tidak ada sengketa antara kami tapi ia tidak berpanjangan kerana Iman pandai memujuk." Sebelum melepaskan telefon bimbit kepada Nasha semula, Iman Tang sempat berkata, "Dia lah wanita yang saya tunggu-tunggu selama ini.

Saya harapkan Allah pertemukan jodoh kami secepat mungkin. Doakan kami ye..."Sekilas itu juga, wajah Nasha berseri-seri sambil bibir menguntum senyuman seperti sudah maklum apa yang telah disampaikan oleh kekasihnya.

Gambar Tangan Jennifer Garner mcm tangan org tua umur 100 tahun

Share








Heee...gambar nie telah berjaya menarik minat sensasi..sebab terkejut tgk muka chantek tp tangan nyer..mengalahkan nenek kebayan lagi...ape nie Jenny,u x pakai krim tangan ke hape?
mungkin sebab kekurusan ??i donno la...

Gambar-gambar dalam Filem Stilleto(Farid-Lisa) yang bakal ditayangkan dipawagam 8 April Ini

Share












Klik sini ..

Kenali Punca dan Penyakit Kencing Tikus @ Leptospirosis

Share











Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.


Tanda dan Gejala

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal

1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

boleh membawa maut sekiranya kritikal!!


Rawatan


Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan


Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit

Din Beramboi Dalam Koma terkena Virus Kencing Tikus yang boleh membawa maut

Share








PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki ketika dihubungi memberitahu bahawa doktor masih lagi menunggu sehingga 24 jam bagi melihat perkembangan Din sama ada stabil atau tidak.

"Doktor mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus, namun masih lagi mencari punca air kencing tersebut dari mana, sama ada dari pemakanan, jangkitan ataupun secara langsung.

"Saya difahamkan ketika itu, Din sedang melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan berlaku pendarahan dalaman dan buat masa ini dia masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal," jelasnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya.

Begitu juga beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital hari ini.

Tuesday, March 30, 2010

Funny Comic: Iklan Pill Bunuh Diri

Share








Funny Comic: Girl Best Friend ...

Share









Klik sini ..

Anak Cif Inspektor mati dirodok pisau di kedai makan dihadapan org ramai

Share







Sensasi:ish3 kesian..org ada ramai pun kene bunuh jugak..pastu takde sapa nak tolong pulak tue..zaman skrg dah tak wujud lagi ke penyelamat,hero?semua takut hilang nyawa..byk dah kes,org tgk je bila org lain kene pukul...nak salahkan mereka pun x boleh,mereka pun ada keluarga,anak bini nak jaga kan..habes tue mcm mana?



KUALA LUMPUR - Seorang anak Cif Inspektor maut ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh seorang daripada empat suspek ketika sedang minum di Restoran Istana Curry House berhampiran Puduraya di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, semasa kejadian pada pukul 3 pagi, mangsa, K. Daniel Deenesh (gambar kecil), 25, anak seorang pegawai polis bertugas di Kuantan minum seorang diri di restoran itu.

"Mangsa iaitu anak kepada Cif Inspektor, Kutty Krishnan baru tiba dari Kuantan dan ketika sedang minum dia tiba-tiba didatangi empat lelaki yang kemudian menyerangnya menggunakan pisau.

"Salah seorang suspek telah merodok perut mangsa berkali-kali menyebabkan mangsa rebah dan mati di tempat kejadian," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tidak berani berbuat apa-apa kerana suspek-suspek mempunyai senjata tajam.

Budak 7 tahun dapat A peperiksaan A-level ,matematik adalah subject yang sgt mudah

Share










Sensasi:bagi sensasi matematik adalah satu matapelajaran yang sgt mudah sekiranya anda berjaya menguasai basic matematik tue sendiri,Matematik nie logik,dan cuma perlu tahu basic selebihnya boleh faham matematik dgn logik.Sebab tue kita lihat kalau pelajar tue pandai matematik,dia akan minat dan skor superb dlm matapelajaran nie,sbb sbnarnye math nie kacang jer..bagi yg malas blajar basic math..bila tgk yg susah sket terus rasa lemah sbb basic pun da xberapa mahir..tue la sbnarnye dlm education nie yg penting ialah basic...so pastikan anda dan anak-anak anda mulakan dengan menguasai basic sesuatu mata pelajaran itu sblm melangkah ke peringkat yg lebih rumit..sensasi tetap top student math dulu.. :P


LONDON - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam.

Yasha dari Leicester memberitahu: "Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan. Baki soalan lain okey."

Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu.

Bapanya, Moussa, 47, berkata: "Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Saya berasa bangga dengannya."

Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.

Moussa berkata: "Dia mempunyai bakat belajar."

Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya.

Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun.

Linda Onn memberi Peringatan kepada Scha berkenaan Kesnya dengan Fahrin

Share








Sensasi:haa..tajuk tak agak2 panas dan kontroversi...layankan..

Tindakan Linda Onn menamakan Scha Al-Yahya di dalam surat peguamnya kepada Fahrin Ahmad, menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat kononnya bekas kekasihnya itu panas baran dan kaki pukul adalah sebagai mengiyakan apa yang dikatakan Scha sebelum ini, mengejutkan ramai.

Semua tertanya, bukankah mereka berdua ini rakan karib? Mana mungkin seorang teman yang dikatakan kawan baik sanggup berbuat sedemikian.

Dari awal kes ini, jelas permasalahan yang wujud adalah di antara Fahrin dan Linda. Tidak pernah pun Fahrin mengungkapkan nama Scha. Tetapi tiba-tiba namanya ditimbulkan Linda. Jika kes ini berlanjutan ke mahkamah, Scha terpaksa tampil memberi keterangan.

“Scha tak tahu dia akan berbuat begitu. Terkejut juga tapi takpe-lah. Scha pun tak boleh komen lebih-lebih,” katanya yang ditemui baru-baru ini di majlis memperkenalkan dirinya sebagai wajah baru Carefree.

“Scha percaya dia mempunyai alasannya sendiri. Masing-masing (Fahrin dan Linda) ada ego, sebab dan kebenaran yang ingin dipertahankan, imej untuk dijaga. Bagi Scha, jika benda ni tak teruk, tidak perlu di panjang-panjangkan cerita.”

Menegaskan mereka masih berkawan – bulan lepas, Linda ada menjemputnya untuk turut sama dalam sambutan Maulud Nabi – kongsi Scha, Linda pernah mengingatkan supaya jangan membiarkan hubungan mereka renggang.

“Bila benda ini mula tercetus, dia minta Scha ingatkan satu benda saja, jangan biarkan orang luar merenggangkan hubungan kami. Kami berkawan secara ikhlas, tiada komplot-komplot. Walaupun benda ini berlaku, kami masih berkawan. Linda seorang yang ‘open-minded’, pemikirannya tidak kolot. Takde-nya dia nak bermusuhan sebab perkara ini.”

Kongsinya lagi, mereka tidak pernah berbincang mengenai kes ini walaupun selepas namanya dikaitkan. Malah dia juga tidak mengetahui apa perkembangannya.

“Scha sibuk, dia pun sibuk. Seronok jadi dia. Duit banyak,” selorohnya.

Umie Aida Lega kerana dapat mencintai Suaminya..Skrg tengah Angau & gambar sekitar perkahwinan Umie Aida

Share








dua jejaka berbaju hitam tue adalah anak angkat Umie aida,manakala yg berbaju puteh anak-anak kepada Suaminya Datuk Paduka Khairuddin,,


"'Wonderful'!" luah Umie Aida dalam nada gembira bila ditanya tentang kehidupannya selepas bergelar isteri. "Ia satu mimpi, mimpi yang indah. Terima kasih pada abang kerana sudi memartabatkan maruah saya ke peringkat ini."

Sudah dua minggu sejak pernikahannya dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, dedah Umie yang ditemui selepas majlis persandingannya di One World Hotel semalam, dia kini manusia yang berbeza. Jika pada awalnya dia bimbang tidak boleh mencintai suami, itu tidak lagi menjadi persoalan. Yang menjadi harapannya sekarang agar dia dapat menjadi isteri terbaik untuknya.

"Semua kebimbangan saya sebelum ini... takut tak dapat mencintai suami, menjadi isteri yang baik. Saya tidak membuat jawapan sendiri, sebaliknya menyerahkannya kepada Tuhan. Saya beristikarah, menunggu jawapan di hari pernikahan. Semuanya ditulis Allah, pernikahan dan jalan hidup saya.

"Saya sanggup terima risiko yang saya mungkin kembali dari Mekah tanpa gelaran isteri. Tapi melihatkan semuanya berjalan lancar, baik buruknya dia sudah suami saya dan saya akan buat yang terbaik sebagai isteri, membahagiakan dia."

Kongsinya lagi, dia bersyukur selepas berkahwin, terbit perasaan cinta pada suami. Malah diakuinya, dia kini di alam percintaan seperti seorang remaja.

"Tak boleh nak cakap kenikmatan bercinta selepas berkahwin. Sebab kita tidak pernah duduk berdua-duaan sebelum ini, ia menjadi sesuatu yang kelakar dan detik itu sangat bahagia, satu pengalaman yang tak boleh dijual beli. Ke mana dia pergi, nak melekat je. Selepas nikah, macam angau di alam percintaan," kata Umie sambil ketawa.

Bila nak bertudung?
Sekembalinya dari Tanah Suci, ramai yang tertanya-tanya jika Umie akan mengubah penampilannya dengan mengenakan tudung, sekaligus menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Saat diajukan persoalan tersebut kepada Umie, jawabnya, "Alhamdullilah, sekarang saya dalam tempoh percubaan yang penting. Nawaitu saya akhiri dalam masa terdekat ini. Tetapi saya perlu 'settle'-kan dulu beberapa benda sebab saya tak boleh mungkiri janji. Perkara yang baik akan saya lakukan dengan cepat."

Tambahnya, dia sudah mula melatih diri untuk berselendang dan bila berpakaian biarlah yang tidak menjolok mata. Hasratnya untuk bertudung juga telah diluahkan pada suami.

"Walaupun itu (bertudung) keputusan saya, tapi saya ada juga minta izin daripada abang. Dia terkejut tapi katanya saya 'look good' (bila bertudung). Saya mula selangkah demi selangkah dengan selendang dan pakaian dulu."

Dari segi kerjaya lakonannya juga, Umie berkongsi akan melakukan penyesuaian. Meskipun suami memberinya laluan untuk meneruskan kerjaya seni, namun Umie, atas kehendaknya sendiri, akan mengehadkan watak-watak yang akan dibawanya.

"Sebagai isteri saya ingin rumahtangga saya bahagia. Saya tidak mahu mengundang fitnah. Jadi, ada baiknya jika saya jauhkan (daripada watak-watak yang mungkin diperkatakan orang)."

Inginkan anak

Semua sedia maklum, Umie mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang sudah meningkat remaja. Begitu juga Khairuddin yang dikurniakan dua orang anak lelaki, hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Namun itu tidak bermakna mereka menolak rezeki jika dianugerahkan cahaya mata mereka sendiri. Kata Umie, dia terima dengan hati terbuka jika dikurniakan rezeki sekarang.

"Saya berserah kepada Tuhan. Rezeki, jodoh dan maut itu di tangan Tuhan. Semestinya saya inginkan seorang anak. Tetapi banyak sangat meminta, malu pula. Besar saya menadah.

"Tapi saya tidaklah terkejar atau tertekan. Itu anugerah dan hadiah untuk saya. Alhamdullilah, syukur pada Allah jika saya dapat seorang (anak)," kata Umie yang akan menemani suami ke kota London pada awal bulan depan atas urusan kerja sebelum berbulan madu ke Venice, Switzerland dan Paris




Badrul Muhayat berang dengan akhbar kerana memperbesarkan isu dia duburu polis kerana mendera isteri dengan kejam

Share








Sensasi: menurut akhbar Harian Metro semalam,Badrul dikatakan menumbuk,menendang,mencekik dan byk lagi men terhadap isterinya....ape punye lelaki nie??


AKTOR tambahan drama popular saluran Astro Ria "Awan Dania" Badrul Muhayat Ahmad Jailani begitu berang ketika diminta untuk mengulas mengenai laporan di dada-dada akhbar semalam yang mendakwanya kini diburu polis bagi membantu siasatan ke atas kes pukul isterinya.

Badrul yang dihubungi berkata, dia terlalu marah dengan 'laporan melampau' yang diterbitkan itu.

Katanya, laporan itu telah 'diperbesar-besarkan' daripada fakta sebenar yang berlaku hingga menjejaskan urusan rutinnya.

"Saya terlalu geram dan marah dengan laporan yang diterbitkan itu. Ia sangat melampau dan sengaja dibesar-besarkan daripada fakta sebenar.

"Ia bukan sahaja mencemarkan nama saya, malah lebih teruk hingga menyusahkan pergerakan saya untuk melakukan rutin seharian.

"Sekarang, saya sukar hendak bergerak ke mana-mana pun. Semuanya jadi terbatas disebabkan oleh laporan itu. Sedangkan ia tidak seburuk dan seteruk seperti mana yang didakwa," kata Badrul dengan nada marah.

Tambah Badrul, pertengkaran dengan isteri adalah lumrah bagi mana-mana pasangan yang berkeluarga.

Dia yang mengakui bergaduh dengan isterinya itu, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya telah bertindak kejam dan melampau sebagaimana yang dilaporkan.

"Itu perkara biasa dalam berumah tangga tapi tidaklah sampai teruk seperti yang dilaporkan. Laporan akhbar itu seolah-olah memberi gambaran yang saya telah bertindak dengan kejam dan melampau," katanya penuh kekesalan.

Ketika diminta untuk mengulas lanjut, Badrul bagaimanapun enggan untuk bercerita kerana berada dalam keadaan yang tidak senang. Dia juga memohon untuk diberi sedikit ruang privasi.

"Minta maaf, saya tidak bersedia untuk bercakap lebih lanjut (tak ada mood hendak cakap). Saya akan beri komen esok atau lusa. Saya harap saudara faham keadaan saya sekarang," ujar Badrul mengakhiri perbualan ringkas itu.

Dalam kejadian pagi Rabu lalu, Badrul dilaporkan telah bertindak kejam terhadap isterinya yang dikenali sebagai Julia, 28, dengan memukul, menumbuk, menendang serta mencekik leher isterinya itu di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Cheras.

Pihak media juga melaporkan yang polis kini sedang mencari seorang pelakon popular untuk mendapatkan keterangan.

Kes Bicara Darren Choy pd 13 Ogos ; kerana cuba mengadakan hubungan seks dengan Daphne Iking

Share








Darren Choy yang pakai baju puteh tue..daphne iking tentunya berbaju merah tue

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Ogos depan untuk mendengar rayuan kes perbicaraan yang melibatkan selebriti terkenal Daphne Iking.

Hakim Mohd Sofian Abd Razak telah menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah peguam Akbardin Abdul Kader, bagi pihak Darren Choy Khin Ming, bahawa beberapa dokumen berhubung ujian bagi menentukan paterniti dan juga laporan polis berkaitan kes itu telah selesai dan siap untuk dibentangkan.

Darren Choy mencabar kesahihan keputusan Magistret Mohd Faizi Che Abu pada Ogos tahun lalu yang membenarkan bekas suami Daphne, Ryan Chong Yiing Yih menyamannya walaupun pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan kes ke atasnya atas dasar ia adalah situasi atau isu peribadi antara suami dan isteri.

Ryan Chong diwakili oleh Ng Si Seng.

Jumaat lepas, mahkamah menetapkan tarikh 12 hingga 14 Julai dan 26 hingga 28 Julai untuk mendengar permohonan Darren Choy untuk merujuk kepada Mahkamah Tinggi tujuh persoalan perlembagaan bagi menentukan sama ada saman peribadi ke atasnya adalah sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Darren kini bergelut dengan saman peribadi yang difailkan oleh Ryan Chong yang menuduhnya cuba memikat Daphne Iking, yang ketika itu masih menjadi isteri Ryan Chong dengan niat untuk mengadakan hubungan seks dengan isterinya itu.

Darren dituduh melakukan kesalahan itu di menara The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, dekat sini antara Julai hingga September 2008.

Menurut fakta kes, Daphne Iking berkahwin dengan Ryan Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun bernama Isobel Daniella Iking-Chong.

Pasangan ini bercerai tahun lepas.

Marsha suntik botox?

Share









Penyanyi serta pelakon jelita ini tidak putus-putus dirundung kontroversi. Selepas isu putus cinta, berpakaian seksi dan 'lovebite', kini Marsha dikaitkan pula dengan gosip yang mengatakan dia melakukan suntikan botox untuk mendapatkan raut wajah jelita.

Berpeluang bertemu dengan pelakon utama drama muzikal bersiri, 'Hotel Mania' baru-baru ini, dia ternyata terkejut dnegan dakwaan tersebut. Namun Marsha yang sudah beberapa tahun bergelumang dengan dunia seni, tidak mudah melatah. Sebaliknya dia dengan senyuman manis menafikan perkara tersebut.

Katanya dia masih terlalu muda untuk mendapatkan rawatan kecantikan seumpama itu. Apatah lagi dia sudah berpuas hati dengan kecantikan asli yang dimilikinya.


Berpuas hati dengan kecantikan asli yang dimiliki
"Kalau ada orang yang cakap saya semakin cantik sekarang, saya ucapkan terima kasih. Sebabnya bukan mudah untuk dapatkan penghargaan seperti itu daripada orang lain. Tetapi saya nak beritahu di sini, saya tidak pernah melakukan sebarang suntikan kecantikan di wajah saya seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

"Mungkin berat badan saya yang sedikit bertambah sejak kebelakangan ini membuatkan wajah saya kelihatan sedikit gebu. Tetapi saya dah lama tak timbang berat badan cuma dapat merasakan badan sedikit berisi," ujarnya.

Untuk membuktikan apa yang dikatakannya itu benar, dia tidak segan-segan memicit-micit wajahnya. Katanya kalau dia benar-benar membuat suntikan botox seperti yang diperkatakan, dia sudah pasti tidak mampu melakukan sedemikian rupa pada wajahnya.

"Gosip tersebut sangat mengarut. Entahlah lepas ini gosip apa pula yang akan keluar mengenai diri saya. Bagaimanapun sebagai selebriti saya memang sentiasa perlu menjaga penampilan supaya kelihatan cantik di mata peminat. Namun melakukan botox bukanlah pilihan saya," katanya yang mengakui solekan yang sesuai dengan wajah memberikan impak yang besar terhadap penampilan seseorang artis.

Sunday, March 28, 2010

Janda-Janda Meletop Kat Malaysia (Artis)..

Share








Rozita Che Wan

Dikenali sebagai janda meletop No. 1 kerana memiliki bentuk badan mengiurkan dan paras rupa yang tiada tandingannya. Sehinggakan ramai jejaka-jejaka dan VIP ingin mendekati si cantik manis ini. Suami Dato' Siti Nurhaliza iaitu Dato Khalid Mohd Jiwa pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan kaka kepada pelakon Ayu Raudhah ini. Namun, sepertimana Ayu, perasaan Rozita nampaknya lebih terpaut dengan si pemain bola sepak.

Nora Danish

Pelakon comel yang kecil molek ini mula menjanda setelah melahirkan anak pertamanya Rayqal, yang kini sudah pun menjangkau umur satu tahun. Hingga kini, Nora masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Fasha Sandha pernah mengganggu-gugat rumahtangga yang pernah dibina bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38.


Natasha Hudson

Model dan pelakon berdarah kacukan ini terpaksa menjanda sebanyak dua kali selepas bercerai dengan Datuk Shahrin Zahari, 28. Perceraian yang pertama bersama seorang usahawan bergelar Faiz. Kini, Natasha dilaporkan sudah pun mempunyai pengganti. Siapa si dia ini?


Abby Abadi

Bekas anggota kumpulan Elite ini pernah bercerai dalam waktu yang singkat bersama Norman Hakim akibat kehadiran orang ketiga. Demi anak-anak, mereka kemudian telah rujuk semula. Namun, selepas Norman dicekup berkhalwat dengan pelakon muda, Memey Suhaiza pada tahun lalu, rumahtangga mereka sudah tdak diselamatkan lagi. Akhirnya Abby Abadi memohon cerai daripada Norman dan masih menjada sehingga kini.
skrg rapat dgn zul..

Sarimah Ibrahim

Tidak ada angin tidak ada ribut, rumahtangga Sarimah atau Kak Mah dengan jejaka kelahiran Australia, Amir Andrew Browning nampaknya hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja. Sejak itu, Kak Mah hanya dilihat menumpukan perhatian dengan kerjaya pengacaraanya.


Dayang Erema

Perkahwinan penyanyi Erema pernah mencetuskan kontroversi kerana dia sanggup mengahwini penulis lirik bernama Jamaludin Sulik atau Seri Bayu dalam keadaan yang cacat demi kerana cinta. Namun, akhirnya Erema mkenuntut cerai daripada Seri Bayu dengan alasan sudah tiada persefahaman lagi.

Farah Ashikin

Hanya setahun lebih berkahwin dengan Dr Fariz Yahya, penyanyi Farah Ashikin akhirnya menjada Penyanyi Farah Asejak tahun 2008 lagi. Mereka pernah tinggal berasingan selama 3 bulan dalam usaha untuk memulihkan krisis rumahtangga mereka tetapi ia nampaknya tidak berjaya.

Fauziah Latiff

Penyanyi yang bersuara lunak yang pernah mencetuskan zaman kegemilangan pada era 80-an sudah pun menjada sebanyak 2 kali. Menerusi perkahwinan pertama, perkahwinannya dengan anak saudara Sultan Selangor hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja.

Bersama Johan Indot, perkahwinannnya hanya dapat dipertahankan selama 10 tahun saja. Namun menerusi Johan, Fauziah dikurniakan 2 cahaya mata lelaki.

Siti Nordiana

Pada awalnya, ramai yang tidak setuju dengan keputusan Siti Nordiana untuk mengahwini pelakon dan model Faizal Yusof yang selama ini dilabel sebagai playboy. Namun, atas dasar cinta, perkahwinan mereka diteruskan. Sejak itu, gosip tentang hubungan Faizal bersama wanita lain sering tersebar. Akhirnya setelah dikurniakan anak yang menjangkau setahun lebih, rumahtangga Siti Nordiana dengan Faizal tidak dapat diselamatkan lagi.


Nurul


Di mana ada Nurul, di situ ada Ajai. Tak hairanlah jika mereka digelar Nurul Ajai. Lebih-lebih lagi selepas tampil sebagai pasangan duet suami isteri yang cukup berjaya seperti rakan mereka, Kris Dayanti dan Anang. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Setelah bercerai yang kononnya disebabkan kehadiran orang ketiga, Nurul lebih senang digelar Nurul Abd Wahab. Baru-baru ini juga, Nurul turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka Mat Salleh


Sensasi:janda skrg ramai yg meletop...mcm mana x meletop,yang bukan berstatus janda pun dah menjanda sesetengahnya..tak syg diri..ish3..

16 buah kereta dihempap pokok di Wangsa Maju

Share








KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir kira-kira jam 5 petang semalam mengakibatkan 16 kenderaan yang diletakkan di tempat meletak kereta awam di dua kejadian berasingan di ibu kota, rosak dihempap pokok, petang semalam.


POTONG...kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memotong pokok yang menghempap kenderaan selepas hujan ribut di Jalan Raja Chulan, semalam.
Selain itu, beberapa jalan utama sesak akibat dihalang rimbunan pohon tumbang yang menghalang lalu lintas selain keadaan menjadi lebih buruk apabila kebanyakan warga kota keluar pejabat.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam dua kejadian berkenaan. Di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, lapan kereta remuk hampir 80 peratus selepas semua kenderaan di tempat meletak kereta awam itu dihempap beberapa pokok dalam tiga kejadian di situ.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.30 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.


Menurutnya, sebuah jentera dengan lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian.


“Terdapat tiga tempat berasingan di Seksyen 1, Wangsa Maju yang membabitkan lapan kenderaan dalam kejadian pokok tumbang ini.





“Kami sudah melakukan kerja pembersihan, memotong serta mengalihkan pokok daripada kenderaan yang dihempap,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Gambar Sari Yanti Mengandung 5 bulan

Share









‘Morning sickness’ sampai empat bulan
Diminta bercerita tentang pengalaman hamil kali pertama, Sari memberitahu yang dia mengalami ‘morning sickness’ sehingga kandungannya berusia empat bulan. Jadi, dalam tempoh empat bulan itu dia banyak berehat di rumah sahaja.

“Kehamilan pertama ini bagi saya memang teruk. Saya kena ‘morning sickness’ sampai empat bulan. Dalam tempoh itu saya banyak habiskan masa dengan berehat di rumah. Nasib baiklah suami banyak membantu, kalau tidak susah juga. Selain itu, saya juga tidak mengidam sebarang makanan. Tak tahulah kalau ada pulak selepas ini,” cerita Sari lagi.

Pasti ramai yang ingin tahu apa jantina anak yang dikandung oleh Sari bukan? Menurut ibu muda ini, dia dan suami juga belum tahu sama ada lelaki atau perempuan. Bukan kerana tidak pernah ‘scan’ tetapi tidak nampak.

“Entahlah, setiap kali ‘scan’, dia menyorok. Malu agaknya. Saya pun tidak kisah sama ada dapat anak perempuan atau lelaki, “ ujar Sari yang mengakui dia dan suami masih belum buat sebarang persediaan untuk menyambut kelahiran

Gambar Artis Malaysia dengan Fesyen Baju Jarang..terlebih sudah

Share









Saman Tengku Fakhry terhadap 2 org pegawai Istana Kerana menggambarkan beliau sebagai seorang yang mendera isterinya ditolak mahkamah

Share








KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra terhadap dua pegawai Istana Kelantan berhubung masalah rumahtangganya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar setelah membenarkan permohonan Nik Mahmud Nik Jaafar, 32, seorang pegawai tadbir di Pejabat Sultan Kelantan, dan Datuk Abdul Halim Hamad, 58, Pengelola Istana Kelantan, supaya saman itu ditolak.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, memberitahu pemberita bahawa saman itu ditolak dengan alasan ianya cacat daripada segi undang-undang kerana ia tidak menjelaskan sepenuhnya kandungan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Mahkamah juga mengarahkan putera Sultan Kelantan itu membayar kos RM5,000 kepada Nik Mahmud dan Abdul Halim.

Mohd Haaziq berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada Tengku Muhammad Fakhry sama ada akan membuat rayuan atau mengemukakan semula saman itu kerana ia ditolak tanpa kes itu didengar.

Peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham mewakili Nik Mahmud dan Abdul Halim.

Pada 10 Ogos 2009, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua defendan itu bertarikh 15 Jun 2009, yang didakwanya menyentuh masalah rumahtangganya dengan isterinya Manohara Odelia Pinot, seorang model dari Indonesia.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang mendera isterinya dan beliau juga telah disisih oleh ayahandanya dan juga Istana Kelantan.

Dalam kenyataan pembelaan mereka pula, Nik Mahmud dan Abdul Halim berkata mereka sekadar menjalankan tugas istana setelah menerima perintah Pemangku Raja Kelantan.

Menurut mereka, masalah rumahtangga antara Tengku Muhamad Fakhry dan isterinya adalah urusan peribadi pasangan itu dan tidak ada kaitan dengan urusan Pejabat Sultan Kelantan. - BERNAMA

Saturday, March 27, 2010

Penjelasan Hishamuddin tentang mengapa Benjy ditahan selepas Ikat Jamin ~ Dadah Sintetik tiada penawar ketagihan

Share








PUTRAJAYA: Kes membabitkan pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, yang ditahan semula untuk siasatan lanjut, membabitkan dadah jenis sintetik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan memberi tumpuan yang serius dalam menangani dadah jenis itu kerana pengambilannya, walaupun sekali, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi penagih dadah.

Katanya begitu juga kes yang membabitkan seorang bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan.

"Saya dah maklumkan awal dulu, kita dalam konteks dadah sintetik ini, perlu menanganinya dengan kesungguhan luar biasa.

"Ini kerana pengambilan dadah jenis itu walaupun sekali sahaja, boleh menyebabkan menjadi penagih dadah. Kedua, tiada jalan untuk pemulihan dan ketiganya, ia mudah dibawa ke mana-mana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan ibu artis itu, dramatis dan pelakon terkenal, Azean Irdawaty bahawa pihak polis tidak menjelaskan lebih terperinci berhubung penahanan semula anaknya itu.

Benjy ditahan semula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1952) selepas dua jam dibebaskan.

Dia sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu.

Sebaik menjelaskan wang ikat jamin, Benjy ditahan polis di luar pejabat kaunter pembayaran jaminan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.

Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan berhubung kes itu.

"Saya dah minta laporan kes itu dan belum menerimanya, tetapi bila dah dapat laporan itu, kita akan maklumkan apa sebenarnya yang berlaku. Saya pun nak tahu," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berhubung pemberian imbuhan kepada anggota polis merupakan langkah permulaan untuk membela kebajikan para anggotanya.

Beliau berkata selepas ini, prasarana perumahan, balai, peralatan, koperasi, persatuan-persatuan bekas polis dan sebagainya akan turut dilihat dan diambilkira dan ia merupakan proses yang berterusan.

"Pertama, saya terharu dan berterima kasih kerana Perdana Menteri yang mengumumkan imbuhan kepada polis yang kini menyentuh dari IGP (Ketua Polis Negara) hingga anggota paling rendah.

"Dengan keseriusan kerajaan mengiktiraf sumbangan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), saya harap ia akan dibalas oleh para anggotanya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berdisiplin, khususnya dalam menjayakan agenda nasional.

"Setakat ini, saya agak puas hati tetapi banyak yang perlu dilakukan," katanya.

Semalam, Najib mengumumkan antara lain, pemberian elaun bulanan RM200 kepada kira-kira 33,000 pegawai dan anggota lain-lain pangkat PDRM yang menjalankan tugas-tugas am di seluruh negara.

Friday, March 26, 2010

AC Mizal: Kereta Bentley Flying Spur lambang kejayaan saya

Share











Pemilik Bentley Flying Spur empat pintu, pengacara dan pelakon AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, menyifatkan kereta mewah sebagai lambang kejayaan seseorang lelaki.

“Saya tidak melihatnya sebagai trend, sebaliknya ia sebagai mercu kejayaan seorang lelaki.

“Ia juga untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa menjadi artis juga mampu berjaya dan hidup mewah,” katanya yang turut memiliki Porsche Carrera, Mercedes dan BMW.

Mizal berkata, dia memilih Bentley kerana menyedari kereta itu jarang dipakai oleh golongan artis di negara ini dan kereta itu juga dipakai oleh idolanya artis antarabangsa, JayZ dan P. Diddy.

Mizal berkata, kereta Bentley itu mempunyai lambang korporat yang kuat untuk disesuaikan dengan perniagaannya AC Mizal Konsortium Sdn. Bhd yang sedang giat diusahakan…

Komen Zulhuzaimy berkenaan Pergolakan Rumah tangganya yang retak akibat Facebook

Share









SEJAK mendapat tahu rumah tangga pelakon kesayangan ramai, Zul Huzaimy Marzuki dan isterinya, Nor Dalilah Muhammad sedang bergolak gara-gara cinta sibernya, hampir setiap hari cuba mendapatkan komen Zul bagi menjelaskan perkara sebenar.

Beberapa minggu selepas itu, kisahnya sudah mula tersebar menerusi beberapa laman forum gosip sehinggakan beberapa ahli forum tersebut berjaya mengesan beberapa perkara perihal Zul.


Mengejutkan sekali, apabila Zul dikatakan menjalinkan hubungan cinta siber dengan seorang wanita bernama Sofea.

Malah, dia dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon itu. Selepas mendapatkan komen Sofea, Kosmo! meminta bantuan wanita tersebut untuk menghubungi Zul. Bagaimanapun, selepas berjaya bercakap dengan pelakon itu, dia enggan memberi komen panjang.

Pihak Kosmo! pula cuba menjejaki Dalilah atau Dila melalui Facebook dan dia tidak keberatan untuk memberi kerjasama dengan memberi penjelasan sebenar. Cuma, Dila sedikit takut jika kenyataannya boleh menimbulkan suasana tegang.


Apalagi dengan beberapa kejadian yang telah berlaku sehingga membuatkan wanita yang memiliki seorang anak lelaki bersama Zul, Awal Haziq itu membuat laporan polis untuk keselamatannya serta keluarga.



Mengenai laporan polis yang dibuat, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakarudin Che Mood ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku antara Zul dan Dila pada 17 Mac lalu.

"Laporan itu juga telah ditarik balik pada 20 Mac lalu. Walaupun kes ditarik balik, polis tetap meneruskan siasatan di bawah seksyen 323 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.



Rumahtangga yang dibina Zul sejak tahun 2005 kini sedang bergolak tanpa dipinta. Walaupun tidak menjelaskan hal sebenar secara keseluruhannya, Zul bertegas untuk tidak bercakap tentang penceraian kerana ia belum terjadi dan meminta kepada pihak yang berkenaan berhenti mencampuri urusan peribadinya.


Boleh komen tentang gosip penceraian dan cinta siber Zul?

No Comment.

Benarkah Zul sudah bercerai?

Usah dengar khabar angin.

Komen Zul mengenai perkara ini?


Bagi orang yang tiada kena mengena dengan saya, tolong jangan buat interpretasi dan fitnah. Jika mereka tidak kenal siapa saya, kenapa mahu cakap tentang hal peribadi saya?

Bengang dengan gosip yang tersebar?

Bukan saya tidak kisah, tetapi terkilan dengan cerita palsu yang dikeluarkan. hentikan perbuatan itu. Mereka tidak berada di tempat saya dan rasa apa yang terpaksa saya lalui bila gosip ini dikeluarkan.

Takut tak jika peminat lari disebabkan perkara ini?

Hidup ini ada baik dan buruknya. Bila munculnya situasi begini, saya tak percaya semua orang yang akan membenci saya kerana masih ada lagi orang yang berfikiran

Resipi: Lasagna ..makanan Italy yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia kini

Share








BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kisar

50 gm lobak (dadu)

50 gm seleri (dadu)

50 gm bawang besar (dadu)

20 gm bawang putih (titik)

2 biji kuning telur

100 gm mentega

20 gm keju parmesan

100 gm keju mozzarella

1 liter susu segar

500 gm kulit lasagna

100 gm pes tomato

20 gm tepung gandum

10 gm thyme

10 gm daun rosemary

20 gm parseli

Garam dan lada putih secukup rasa

Sedikit minyak



CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat sos daging, panaskan minyak, masukkan bahan yang didadu bersama bawang putih, daging kisar, pes tomato, thyme dan rosemary. Tumis hingga daging masak.

2. Untuk membuat sos mornay, cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau rata dan masukkan susu segar, kacau pekat dan sebati.

3. Tutupkan api, masukkan kuning telur dan keju parmesan. Kacau rata.

4. Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Letakkan kulit lasagne (telah direbus) berselang-seli dengan sos daging, sos mornay dan keju mozarella.

5. Habiskan lapisan teratas dengan kulit lasagne dan keju mozarella.

6. Bakar di dalam ketuhar 180oC selama 20 minit

Artis Wanita yang suka jentik tmpt Sensitif lelaki..siapa itu?

Share








ALAHAI... CAK hanya mampu tepuk dahi bila dengar cerita ini. Apa nak jadi dengan artis serba boleh (menyanyi dan berlakon) ini.

Dah gersang sangat ke sampai di tempat paling sensitif itu dijentik? CAK dengar beberapa lelaki di lokasi penggambaran menjadi sasaran gurauan melampaunya itu sampai ada yang senak ‘telur’.


Seorang pelakon angin satu badan bila tempat paling peribadinya tiba-tiba dijentik sampai rasa mahu menumbuk muka artis wanita itu.


Bayangkanlah kalau dia benar-benar melepaskan tumbukan, pasti kecoh jadinya. Silap hari bulan jadi tajuk muka depan akhbar.


Kut ia pun nak melawak, agak-agak sikitlah. Apa motif sebenar pelakon itu jadi tanda tanya orang sekeliling. Kalau nak menggoda, bukan itu caranya atau barangkali dia berdendam dengan lelaki gara-gara kecewa dengan kisah lampau sehingga melepaskan geram dengan cara itu? Apapun tujuannya, perbuatan itu sungguh memalukan. Sepatutnya sebagai wanita, dia kena pandai jaga perlakuan dan maruah diri, bukan beraksi ‘lucah’ seperti itu. Apatah lagi dengan status ‘solo’, sungguh tidak manis ganggu bahagian sulit lelaki.

Ish... tak pernah lagi CAK jumpa tabiat pelik seperti ini. Kalau dah gatal sangat, pilihlah mana-mana lelaki untuk dijadikan suami. Bila dah halal, jentiklah puas-puas kalau itu mengundang rasa bahagia di hati.

sumber : Harian Metro

Wood mendakwa Elin,Isterinye tak suka seks menyebabkan dia curang

Share








LOS ANGELES: Seorang wanita semalam mendakwa, Tiger Woods selalu merungut kerana isterinya, Elin Nordegren, tidak berminat mengadakan seks.



Pelakon filem lucah, Devon James, berkata pemain golf terkenal itu pernah menyatakan masalahnya beberapa kali sepanjang hubungan mereka selama dua setengah tahun.

Katanya, walaupun Woods tidak banyak bercakap ketika bertemu kali pertama dengan, atlit itu meninggalkan nombor telefon dalam pertemuan itu.


“Kali kedua bertemu, Woods membawa Elin bersamanya.


“Ketika berbual, Woods mendakwa bekas model itu tidak gemar mengadakan asmara terlalu kerap,” katanya.


Ditanya mengapa baru kini dakwaan itu didedahkan, Devon berkata, dia bersimpati terhadap nasib dialami Woods.





Devon, 29, turut mendakwa memiliki bukti bagi menyokong dakwaan bahawa dia menjalin hubungan intim dengan Woods.


Katanya, Woods membayar hampir RM14,896 sebagai upah kerana berasmara dengannya serta seorang wanita lain.


“Saya menjalin hubungan dengan Woods mulai 2006 hingga 2008,” katanya.


Kenyataan Devon dibuat hanya seminggu selepas seorang lagi wanita simpanan Woods, Joslyn James, 32, mendedahkan lebih 100 mesej pesanan ringkas lucah dihantar lelaki itu kepadanya.


Pendedahan memalukan itu adalah satu lagi tamparan kepada Woods menjelang penampilan sulung selepas skandal seksnya didedahkan media.


Woods dijadual menyertai pertandingan Masters di Agusta, Georgia, bulan depan. Awal minggu ini, Woods mengadakan temu bual kali pertamanya dengan wartawan sukan Amerika Syarikat.


Dalam temu bual itu, Woods mengaku dia melukakan ramai pihak kerana kebuasannya.

Dr Fadzley berkerja keras demi Isteri dan anak-anaknya Payish dan Piyash

Share








GAMBAR Fazley ketika menimang cahaya mata kedua

TIDAK mengenal erti penat dan lelah. Itu yang dapat disimpulkan terhadap perunding motivasi, penulis, usahawan, pengacara, penyanyi, pelakon dan juga model terkenal bernama Dr. Fazley Yaakob.

Masakan tidak, dalam satu masa, semua beban tugas yang dipikulnya itu berjalan seiringan di samping mendukung tanggungjawab sebagai anak, bapa dan juga suami.

Terbaru, Fazley yang bakal memasuki usia 32 tahun menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Azrene Soraya selamat melahirkan putera kedua mereka, pagi Ahad lalu.

Pertambahan ahli keluarga itu diakui olehnya sebagai satu tanda bahawa dia perlu bekerja lebih keras demi masa depan dirinya dan keluarga.

"Tanggungjawab makin besar. Pastinya saya akan bertambah sibuk selepas ini. Dengan kelahiran anak yang kedua ini, saya sememangnya berdebar. Kalau dahulu, kami sudah biasa hidup berdua bersama Payish (anak lelaki sulungnya bernama Ahmad Fariedz Shah).

"Kini, kami akan membiasakan diri pula dengan kelahiran anak kedua,'' kata Fazley saat menceritakan perihal perkembangan hidupnya ketika ditemui di majlis pelancaran kamus elektronik Besta tribahasa, Besta MD622 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini merupakan tahun keempat Fazley menjadi jurucakap produk kamus elektronik Besta.

Besta MD622 dimuatkan dengan Kamus Oxford Fajar Inggeris-Melayu, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Dewan edisi keempat, Kamus Arab-Melayu/Melayu-Arab, Kamus Perdana, Kamus 11 Bahasa, Kamus Animasi, Kamus Sains dan Matematik, Ensiklopedia Britannica serta Kamus Slanga.

Ia menjadikan Besta MD622 lebih komprehensif dengan kosa kata berjumlah lebih 700,000 berserta suara dalam 12 bahasa asing.

Ahad lalu, Fazley dikurniakan cahaya mata kedua yang diberi nama Fieradz atau nama timangannya Piyash. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara menerusi pembedahan.

Kelahiran Piyash memberi inspirasi kepada Fazley untuk melengkapkan lagu yang dia ciptakan khas buat anak-anaknya, Lagu Dari Papa.

Lagu Dari Papa merupakan salah satu lagu dalam album terbarunya yang bakal dilancarkan April ini.

Menyambung perbualan di pertemuan itu, Fazley berkata, selain sibuk di lapangan seni, perunding motivasi dan model, dia kini sedang dalam proses menyiapkan sebuah buku tulisannya yang kedua.

Buku tersebut berjudul Think You Can, Think You Can't, Either Way You Are Right : How Efficacious Are You?.

Kata Fazley, buku berkenaan dijangka dipasarkan sekitar Oktober nanti dan sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat usia.

"Buku ini memberi panduan tentang hala tuju diri kita. Setiap kejayaan yang ingin ditempuh adalah bermula dari pemikiran kita sendiri.

"Lebih kurang begitulah apa yang hendak saya sampaikan menerusi buku itu,'' jelasnya yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

Kembali aktif menyanyi

Sementara itu, diajak berbual mengenai kesibukan yang menyelimutinya, Fazley memberitahu, dia kini kembali aktif menyanyi selepas lebih setahun berhenti daripada terlibat dalam bidang nyanyian.

Kini Fazley mula sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Superhero yang digubah oleh Ajai manakala lirik oleh Fazley sendiri.

"Saya berhenti menyanyi kerana mahu tumpukan kepada bidang pengacaraan di televisyen. Baru-baru ini saya diundang menjadi pengacara untuk sebuah program bual bicara Suara Siswa yang disiarkan di TV1.

"Saya juga turut mengacarakan program Catur Bistari di samping menjadi perunding motivasi untuk Akademi Fantasia musim kelapan (AF8),'' ujar artis serba boleh ini lagi.

Ditanya tentang program motivasi kelolaannya pula, jelas Fazley, adakalanya dia terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk mengendalikan program berkenaan di Singapura atau Brunei.

"Seminggu sekali saya terpaksa terbang sama ada ke Singapura atau Brunei. Tetapi, saya kena pilih antara satu. Alhamdulillah rezeki makin bertambah.

"Kesibukan juga makin bertambah. Kena tahu bagaimana hendak uruskan masa dengan baik,'' tambahnya.

Begitulah Fazley, artis yang boleh dibanggakan kerana sentiasa berani tampil dengan sesuatu yang baru untuk menjayakan diri dan keluarga.

Namun, bagi Fazley, kejayaan bukanlah mudah untuk dijana andai tampil dengan usaha yang ala kadar sahaja.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-