Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, February 13, 2010

Zarina Ann Julie ditahan di LCCT kerana Enggan Jalani Ujian Air Kencing,manakala Aril Pilus dilepaskan kerana bebas dadah

Share









SEPANG: Artis wanita yang pernah menggemparkan industri hiburan dengan kemunculan beberapa keping gambar lucah, kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, malam tadi.


Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.

Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.


“Pelakon berkenaan bagaimanapun mengaku secara lisan mengambil ketamin, manakala rakan perempuannya mengambil syabu.



“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dibawa ke pejabat AADK di Sepang untuk ujian air kencing serta siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan di sini, malam tadi.

Jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh diperintahkan oleh mahkamah menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) selama dua tahun.

Nani berkata, pelakon berkenaan antara tujuh individu yang ditahan selepas didapati mengambil dadah sepanjang Ops Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan sejak jam 8 hingga 11 malam tadi.

Operasi yang disertai 27 pegawai AADK Selangor dan 20 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, bertujuan mengesan pemandu, terutama dari sektor pengangkutan awam, yang mengambil dadah.

Menurutnya, sebanyak 86 pemeriksaan air kencing dilakukan dan daripada jumlah itu, lima didapati positif syabu dan dua positif ketamin.

Selain itu, AADK memeriksa seorang artis Akademi Fantasia 7, Aril Pilus, dalam operasi itu tetapi dilepaskan selepas ujian air kencingnya didapati negatif.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-