Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 5, 2010

Zaman kejatuhan Lan A to Z

Share








Suatu masa dahulu, nama Lan A to Z atau Norazlan Abdul Aziz cukup popular. Digilai ramai anak gadis, Lan A To Z antara artis yang berjaya di era 90-an apabila kumpulan berkenaan meraih sukses dalam penjualan album dan pertunjukan pentas. Kaya, mewah dan bergaya, Lan mampu menggapai apa saja yang diinginkan termasuklah mengahwini wanita kacukan yang cukup jelita, Marcella Casissi Shariff, bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.

Pun begitu, itu cerita 11 tahun lalu. Hari ini, lelaki yang pernah digilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraih populariti sama seperti 11 tahun lalu. Malangnya, Lan bukan sahaja kehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasih hatinya, Marcella. Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di England dengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.



“Ia terjadi selepas saya mengalami kejatuhan dalam dunia muzik. Kesempitan hidup membuatkan saya hilang segala kemewahan dan sukar untuk menggembirakan hati anak-anak dan isteri.
“Akhirnya saya membenarkan isteri membawa anak-anak untuk tinggal bersama ibunya di Lancashire, England,” cerita Lan yang tidak pernah sekali pun terdetik untuk menceraikan Marcella.
“Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialahseorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sedia kala” katanya lagi. -Utusan

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-