Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 5, 2010

Politik:Cerita Saiful Bukhari tentang pemeriksaan dubur di 3 buah hospital

Share









KUALA LUMPUR: Prosiding hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diteruskan dengan keterangan pengadu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah pergi ke tiga buah hospital bagi menjalankan pemeriksaan.

Saiful memberitahu mahkamah beliau ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak untuk membuat pemeriksaan setelah kunjungannya ke Hospital Tawakal di Jalan Pahang gagal untuk mendapatkan pemeriksaan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.

Semasa ke Hospital Pusrawi, beliau ditemani oleh bapa saudaranya, Tuah Mohd Ali.

Saiful memberitahu mahkamah, beliau telah bertemu dengan Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan telah berterus-terang kepadanya bahawa dirinya telah diliwat.

"Saya mengadu padanya saya sakit perut dan sakit di dubur dan beliau (Dr Osman) telah meminta saya untuk membuka seluar.

"Selepas itu beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada ketika itulah saya telah berterus terang kepadanya tentang saya diliwat.

"Setelah itu beliau memberhentikan pemeriksaan dan mengarahkan saya untuk memakai kembali seluar," jelasnya.

Saiful turut memberitahu mahkamah bahawa doktor berkenaan menjelaskan yang hospital itu tidak mempunyai kelengkapan pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak sah di mahkamah.

Beliau memberitahu demikian apabila ditanya oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mengenai punca doktor itu memberhentikan pemeriksaannya.

"Beliau mengarahkan saya membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan saya terus ke sana walaupun pada mulanya saya tidak tahu hendak ke mana, tapi saya terus pergi ke wad pesakit luar untuk mendapatkan rawatan pada jam 3 petang," katanya lagi.

"Pada mulanya saya berjumpa dengan seorang doktor perempuan, tetapi kerana 'segan' dengannya, dia merujuk saya kepada Dr Daniel.

"Saya menceritakan apa yang berlaku dan memberitahunya Datuk Seri Anwar telah meliwat saya," katanya.

Terkejut dengan pengakuan Saiful, beliau memindahkan kes itu ke wad kecemasan di Unit One Stop Critical Care (OSCC).

"Saya tiba di wad itu setengah jam kemudian," katanya menjawab pertanyaan Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam pemeriksaan utama.

Beliau turut memberitahu mahkamah selain Dr Daniel, seorang lagi doktor datang sebelum membuat pemeriksaan tekanan darah dan 10 minit kemudian mereka meninggalkan wad.

"Dalam pukul 4.30 petang, beliau (Dr Daniel) datang kembali dan mencadangkan supaya saya membuat laporan polis terlebih dahulu, kerana tanpa laporan itu pemeriksaan tidak boleh dilakukan.

"Pada awalnya memang saya bercadang untuk berbuat demikian tetapi selepas membuat pemeriksaan," katanya.

Mohd Saiful berkata dua anggota polis kemudian datang ke wad itu membawa dua borang untuk membuat laporan polis, tetapi menyatakan dia tidak memanggil mereka datang ke situ.

Saiful turut memberitahu mahkamah, sepasukan doktor datang memeriksanya sekali lagi lebih kurang jam 9 malam pada hari yang sama dan melakukan pemeriksaan keseluruhan badannya.

Ditanya di bahagian manakah yang diperiksa, Saiful memberitahu keseluruhan badannya diperiksa termasuk duburnya.

"Keseluruhan badan saya diperiksa. Mereka juga telah mengambil contoh pada badan, leher dan dubur saya.

"Saya lihat mereka meletakkan calitan pada kapas itu dalam bekas dan menanda label atau pelekat pada penutup bekas. Saya tanda tangan setiap bekas itu," katanya.

Terdahulu, Mohd Saiful ditunjukkan dengan rakaman kamera litar tertutup yang dirakamkan pada hari kejadian iaitu pada 26 Jun 2008 di kondominium itu.

Ketika ditunjukkan rakaman itu, Mohd Saiful mengesahkan bahawa gambar lelaki berkemeja putih yang memasuki lif dari aras P2, pukul 2.42 petang menuju ke tingkat lima di kondominium itu adalah dia.

Pada awal sesi pagi ini, Mohd Saiful memberi keterangan secara tertutup selama 30 minit sebelum hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.45 pagi untuk melawat kondominium, tempat kejadian itu didakwa dilakukan.

Perbicaraan pada sebelah petang iaitu selepas rehat tengah hari bersambung dalam mahkamah terbuka.

Prosiding hari ketiga akan disambung esok pada jam 9.30 pagi apabila pihak pembela dan pendakwa akan melawat tempat kejadian didakwa berlaku.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-