Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 5, 2010

Politik: Pendedahan Saksi pertama kes Liwat anwar & Saiful Bukhari

Share







Pendedahan saksi pertama kes liwat Penasihat PKR

KUALA LUMPUR: Perbicaraan hari pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu marah apabila bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Reaksi Anwar itu didedahkan oleh Mohd Saiful dalam keterangannya hampir sejam sebelum prosiding ditangguhkan, kira-kira jam 5 petang selepas peguam tertuduh, Karpal Singh memohon mahkamah meneruskan perbicaraan secara tertutup.

Terdahulu, Mohd Saiful yang disoal Peguam Cara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berkata kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-2, Desa Damansara Kondominium, Bukit Damansara di sini, selepas beliau diarahkan ke kondominium itu untuk berbincang mengenai jadual kerja Anwar dan menghantar beg hitam berisi dokumen. Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk? Mohd Saiful: Selepas menyerahkan beg hitam berisi dokumen, kami berbincang jadual kerja dan tidak lama selepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan?

Mohd Saiful: Dalam Bahasa Inggeris, Can I **** you today?

Mohd Yusof : Apa reaksi kamu?

Mohd Saiful :Saya merasa marah dan takut. Saya menolak pelawaan itu dan tidak mahu melakukannya. Beliau dengan nada marah berkata "What"?

Mohd Yusof :Selepas itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Saya ulang perkataan yang sama, saya tidak sanggup melakukannya. Dia agak marah pada ketika itu dan saya takut. Kemudian dia arahkan saya ke bilik tidur utama. Saya ikut arahan dan pergi dulu.

Mohd Yusof :Dalam bilik itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Anwar pergi ke hujung bilik untuk menutup langsir dan lampu, selepas itu dia arahkan saya membersihkan diri di dalam bilik air. Saya masuk ke bilik air dan membilas badan tetapi tidak mandi. Ketika itu saya membuka pakaian dan mengambil tuala, apabila keluar dari bilik air saya membawa kemeja dan gantung di tempat menggantung baju.

Mohd Yusof :Ketika kamu keluar dari bilik air, di mana Anwar berada?

Mohd Saiful :Dia berdiri di hujung penjuru katil dengan memakai tuala putih. Dia mengarahkan saya pergi kepadanya. Apabila saya pergi kepadanya, dia memeluk saya sambil berdiri.

Pada peringkat itu, Karpal memohon supaya perbicaraan dijalankan secara tertutup dan dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mohd Yusof pula menjelaskan pihak pendakwaan pihaknya tiada masalah jika perbicaraan itu dijalankan secara terbuka, tetapi menyerahkan kepada budi bicara mahkamah jika ia boleh memberikan keadilan.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding dan memerintahkan perbicaraan itu dijalankan secara tertutup hari ini.

Dalam keterangannya sebelum itu, Mohd Saiful yang menjadi saksi pertama pendakwaan, berkata beliau pergi ke kondominium itu yang difahamkan dimiliki oleh seorang lelaki, Hasanuddin, dengan menaiki van Fiat merah dengan nombor pendaftaran WPK5925 kepunyaan bapa tunangnya.

Mohd Yusof :Ada kamu bawa apa-apa ke sana?

Mohd Saiful :Saya bawa dokumen yang perlu diserahkan kepada Anwar yang diberi oleh Ibrahim Yaakob dari pejabat. Saya tidak pasti apa dokumen itu, saya letakkan di dalam beg hitam.

Mohd Yusof :Ketika masuk ke kondominium itu ada pengawal tanya apa-apa?

Mohd Saiful :Ada. Saya tidak jawab hendak pergi ke mana tetapi saya kata "Mokhtar" (kata laluan untuk kondominium itu). Saya diberitahu untuk katakan itu oleh kakitangan pejabat PKR. Saya tak tanya kenapa, bila saya cakap pengawal terus beri laluan.

Mohd Yusof :Kemudian?

Mohd Saiful :Daripada tempat letak kereta saya naik lif ke B2 dan menuju ke blok sebelah. Selepas itu saya sampai ke satu pintu, ada interkom di sebelah kanan. Saya tekan Unit 11-5-2, ada suara lelaki kata "ya", saya kata "Mokhtar" dan pintu pun terbuka. Saya kemudian naik lif ke Tingkat 5.

Mohd Yusof :Apabila keluar daripada lif, kamu ke unit kanan atau kiri?

Mohd Saiful :Saya menuju ke kanan, saya berselisih dengan seorang lelaki yang baru keluar daripada unit yang saya hendak pergi. Lelaki itu senyum kepada saya tetapi saya tidak kenal dia. Mohd Yusof :Kemudian?

Mohd Saiful :Apabila sampai saya membuka pintu. Dalam unit itu saya melihat Anwar duduk di meja makan, saya duduk berhadapan dengan Anwar dan menyerahkan beg hitam itu kepadanya.

Pada permulaan prosiding, Mohd Saiful menjelaskan beliau hanya bekerja sebagai pembantu khas Anwar selama empat bulan dari awal Mac hingga 28 Jun 2008 kerana tidak rela dan tidak sanggup diliwat.

"Bagaimanapun dalam e-mel kepada Anwar, saya berikan alasan bahawa saya tidak berdisiplin, sering datang lewat ke pejabat dan dimarahi oleh beliau.

"Saya juga katakan bahawa saya tertekan kerana diberikan bilik, sedangkan saya kurang kelayakan berbanding pekerja lain dan saya nyatakan selagi saya menjadi pembantunya perkara itu akan menjadi isu," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-