Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 24, 2010

Mula-mula adik angkat...Imuda Menamatkan Zaman muda dgn Gadis 28 tahun Zabarina

Share








BERMULA dengan hubungan antara seorang abang dan adik angkat, keakraban pasangan pengantin baru, Imuda atau nama sebenar Abdul Rahim Muda, 50, dan Zabarina Haja Mushadi Ali, 28, bertukar cinta selepas perkenalan selama empat tahun.

Pelakon, pelukis dan pelawak yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata, dia tidak pernah menjangka hubungan yang bermula sebagai abang dan adik angkat itu 'melekat' menjadi jodohnya.

"Perkenalan kami kira-kira empat tahun lalu bermula sebagai hubungan antara abang dan adik angkat.

"Masa mula-mula berkawan, saya tidak terfikir langsung untuk bercinta pun. Maklumlah jarak umur saya dengan dia pun jauh.

"Memang saya tak pernah terfikir pun hubungan ini boleh 'melekat' sehingga menjadi pasangan hidup.

"Kami banyak berkongsi rasa dan masalah. Kami rapat dan akrab serta selalu keluar bersama.

"Memang sudah jodoh namanya, daripada hubungan persahabatan bertukar menjadi hubungan perasaan secara perlahan-lahan.

"Saya semakin terpikat dengannya dan begitu juga sebaliknya. Kami suka sama suka.

"Memandangkan saya pun duda dan dia pun bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya, lantas kami putuskan untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan perkahwinan," katanya.

Beralih perbualan kepada reaksi kedua-dua anaknya, Raihana, 17, dan Mohd Redza, 9, mengenai perkahwinan itu, Imuda berkata, kedua-dua anaknya menyambut baik perkahwinan itu. Malah, mereka gembira dan menerima Zabarina sebagai ahli keluarga baru.

"Syukurlah, mereka gembira dengan perkahwinan saya. Malah, mereka menerima Zabarina dengan baik dan mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga kami.

"Mereka juga gembira kerana dapat mak baru," ujarnya dengan loghat Utara yang pekat.

Ditanya mengenai ciri-ciri istimewa Zabarina sehingga menawan hati pelakon filem Imigran itu, Imuda berkata, kematangan dan keikhlasan penolong pengurus bank itu menerimanya seadanya menjadi faktor utama buatnya menyunting Zabarina sebagai suri.

"Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya. Cukup dengan budi bahasa dan paling penting, dia menerima saya seadanya.

"Keikhlasan hati dan keluhuran budinya meyakinkan saya untuk menjadikan Zabarina sebagai isteri.

"Kebetulan pula, saya sudah bertahun-tahun hidup sendiri dan kesunyian.

"Dia adalah pendengar dan penasihat yang baik. Perkara-perkara itu yang membuatkan saya selesa dengan Zabarina," jelas Imuda.



Menyentuh serba ringkas makna perkahwinan ini buatnya, Imuda berkata, dia sangat gembira dan bahagia dengan jodoh ini. Lebih menarik, hidupnya kini lebih terisi berbanding sebelumnya.

Jika selama tujuh tahun hidupnya sepi dan kosong tanpa wanita di sisi, kehadiran Zabarina memenuhi kekosongan dan kesunyian di sanubari pelawak yang sinonim dengan watak Sam menerusi sitkom 2 + 1 ini.

"Alhamdulillah, hidup saya semakin bahagia dan terisi sekarang. Kesunyian dan kesepian hidup selama tujuh tahun ini semakin terisi dengan kehadiran Zabarina.

"Ada orang yang boleh jaga dan urus makan, minum dan pakaian saya. Yang paling penting, kini saya ada teman baru untuk bersembang dan berkongsi pelbagai cerita atau masalah," ujar Imuda dengan nada gembira.

Bercerita tentang perancangan bulan madu, Imuda berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang perancangan untuk bulan madu buat masa ini.

Menyedari komitmen kerja dan kesibukan selepas mengadakan majlis perkahwinan, pasangan ini hanya akan berbulan madu sekitar bulan depan.

"Buat masa ini, kami masih belum tentukan bila akan pergi berbulan madu. Kami masih penat lagi dan majlis pun baru saja selesai.

"Banyak urusan yang perlu diselesaikan dulu. Apa pun, mungkin kami akan pergi bulan madu dalam bulan depan di negara serantau, mungkin Indonesia atau Singapura. Kita tunggu dan lihatlah," katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Imuda turut mengakui, isterinya itu masih malu-malu dan agak terkejut dengan limpahan publisiti dan majlis-majlis hiburan yang disertainya.

Bagaimanapun, Imuda yakin Zabarina akan mula membiasakan diri dengan persekitaran baru ini secara perlahan-lahan.

"Maklumlah, dia orang biasa dan tidak begitu terdedah dengan dunia seni dan aktiviti-aktiviti hiburan.

"Memandangkan saya pula orang seni, mahu tak mahu dia harus membiasakan diri juga selepas bergelar isteri saya. Tapi, saya yakin dia boleh membiasakan diri secara perlahan-lahan," katanya lagi.




No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-