Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 26, 2010

Maya Karin Sedih menghadapi krisis rumahtangga

Share








BARU sahaja ingin merasai kebahagiaan hidup berumah tangga, namun Maya Karin terpaksa redha dengan kemelut yang melanda mahligai yang dibinanya bersama insan tersayang, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41.

Usia perkahwinannya yang baru sahaja hampir dua tahun itu membuatkan pelakon Pisau Cukur ini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya kerana terpaksa melalui saat-saat getir dalam hidupnya.

"Saya memang rasa sedih, tidak pernah saya terfikir perkara tersebut boleh terjadi dalam hubungan kami.

"Saya dan suami sedang mengalami frasa kedinginan dalam rumah tangga kami," katanya

Maya yang masih lagi berahsia dengan punca keretakan hubungan dengan suaminya itu, turut menjelaskan tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya.

"Saya tidak mahu komen lebih-lebih, tapi apa yang dapat saya katakan sekarang, tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca keretakan dalam hubungan kami.

"Saya tidak salahkan suami atau diri sendiri, tapi saya sedar, punca datangnya adalah daripada kami berdua.

"Setiap orang ada melakukan kesilapan dan perkara itu juga tidak terlepas daripada kami berdua.

"Tidak perlu saya jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah kami berdua sahaja yang tahu perkara itu," kata pengacara baru, rancangan Nona itu.

Ditanya mengenai dia dikatakan tinggal berasingan dengan suaminya Muhammad Ali, Maya tetap menyembunyikan perkara itu dan hanya memberitahu dia masih berhubung dengan suaminya dan mereka sedang berusaha untuk memperbaiki semula krisis yang melanda rumah tangganya.

"Saya tetap berhubung dengan suami, kami sekarang sedang berupaya untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya tidak mahu kata jika hubungan kami tidak dapat diselamatkan lagi, mungkin ini adalah sebahagian daripada rencah kehidupan yang terpaksa kami berdua lalui," ujar duta kepada syarikat komunikasi Celcom ini.

Pelakon filem Duyung ini turut memberitahu, semangat dan sokongan daripada keluarganya membuatkan dia semakin kuat menghadapi dugaan tersebut.

"Keluarga saya memberi sokongan dan mereka adalah kekuatan untuk saya hadapi masalah tersebut," kata Maya.

Maya dan Steven bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta. Perkahwinan mereka cukup istimewa kerana berlangsung dalam suasana romantis di tepian Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli dengan majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong, pada 26 Ogos tahun sama.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-