Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 26, 2010

Mamat Exist sah bercerai talak dua dengan bekas isteri

Share







Penyanyi dan penghibur terkenal, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist, 32, yang pernah dituduh bersalah mencuri di Singapura tahun lepas kini disahkan bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal, 30, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin (24/2). Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

Jika sebelum ini kita mendengar gossip tentang Mamat sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal (Shila), dan tersebarnya gambar² Mamat dengan kekasihnya. Kemudian kita hanya mendengar perjelasan sebelah pihak iaitu dari Mamat saje.

Kali ini isteri Mamat pula tampil memberi kenyataan dan sekaligus pecah tembelang Mamat selama ini.

Rupa²nya mereka telah lama bercerai. Mamat telah melafazkan cerai kepada isterinya pada bulan Oktober lalu. Isterinya, Shila mendedahkan rahsia tersebut kerana tidak puas hati dengan kenyataan Mamat sebelum ini yang seolah² Mamat masih bertanggungjawab ke atas keluarganya.


"Kami sebenarnya telah pun bercerai apabila Mamat melafazkan talak kepada saya sekitar Oktober lalu. Saya kesal bila kenyataan yang dikeluarkan Mamat dalam sebuah akhbar! seolah-olah mahu menunjukkan yang dia begitu menyayangi keluarganya, walhal Mamat telah pun melafazkan cerai kepada saya," terang Marshila tanpa berselindung sambil memberitahu kes itu akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi bagi mengesahkan lafaz berkenaan.


Shila juga mendedahkan bahawa punca perceraian mereka adalah kerana wujudnya orang ketiga iaitu seorang gadis yang baru berusia 16 tahun. Gadis dalam gambar yang tersebar tu la.


Gambar (bekas) isteri Mamat exist, Marshila Mustapa Kamal (Shila)


gambar semasa di mahkamah syariah

Gambar kenangan perkahwinan mamat dan Shila
Mamat bersama gadis 16 tahun yang dikatakan org ketiga

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-