Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, February 9, 2010

Mahkamah Persekutuan Kekal Zambry sebagai Menteri Besar Perak,Nizar menerima walaubagaimanapun akan meneliti semula penghakiman bertulis.

Share







Sensasi:haha..dah jadi blog politik kew?no lah,nie just berita sensasi je kan..nama pun sensasi..politik nie fun jugak sbnarnyer..tp janganla sampai extreme dan penuh kebencian...berpolitik secara berhemah ye semua... :D

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.

Mahkamah memutuskan Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria.

Turut bersidang ialah Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Konflik pertikaian siapakah yang sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lepas apabila tiga wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Januari dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN.

ADUN kawasan Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar pada ketika itu dan menitahkan Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi berkenaan pada 6 Februari tahun lepas setelah mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti dalam DUN Perak.

Zambry bagaimanapun tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-10 di pejabat Perdana Menteri di sini.

Dalam pada itu ketika ditemui media, Mohammad Nizar berkata, beliau menerima dan menghormati keputusan berkenaan.

Bagaimanapun menurut beliau, pihaknya akan meneliti penghakiman bertulis yang dibuat mengenai perkara ini sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan susulan.

"Kita akan teliti penghakiman ini dengan sebaik mungkin... lepas itu baru boleh putuskan sama ada kita nak mohon supaya mahkamah mengakaji semula (keputusan) ataupun sebaliknya," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-