Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, February 14, 2010

Kemungkinan Nabil bakal Berdepan dengan Saman dari Penerbit Filem Lu pikirlah sendiri ekoran kritikan terhadap filem itu sblum tayangan nya..

Share








Haih..nabil2...serabut semuanya...lu pikerlah sendiri..memang x patut lu kritik camtue sblm tayangan..cos memula gua pun igt nak g tgk..tp dah terbantut hasratku..takpela..nanti gua g tgk la jugak..kot2 filem ni xla seteruk yg lu ckp kan..huhu..

P/s:jangan sampai penerbit filem takut ambik nabil berlakon lak..cian dier

Pelakon utama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie minta maaf pada penerbit dan pengarah

GARA-GARA keterlanjuran memberi komen dan kritikan pedas terhadap filem lakonan sendiri, Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Bintang Paling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, dikatakan bakal berdepan tindakan undang-undang daripada penerbit filem berkenaan, SDAF Pictures, Datuk Suhaimy Othman sekiranya Juara Raja Lawak 2 itu berterusan memberi kenyataan media berunsur negatif terhadap filem terbitannya.

Pengarah dan penerbit bersama LPSdM, Aminah Rhapor ketika dihubungi Rabu lalu memaklumkan, Suhaimy terkilan dengan beberapa komen Nabil yang disiarkan beberapa akhbar, baru-baru ini, terutama artikel menerusi Metro Ahad terbitan 7 Februari berjudul ‘Nabil kecewa’ yang terang-terangan melahirkan perasaan kecewa terhadap filem lakonan sendiri, selain mendakwa pembikinan LPSdM tidak disempurnakan dengan baik.

Katanya lagi, kritikan pedas Nabil terhadap filem lakonan sendiri, dia secara sedar atau tidak sudah melanggar kontrak yang ditandatangani sebelum ini apabila wujudnya terma dan syarat memaklumkan artis yang membintangi LPSdM tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan berbau negatif terhadap filem berkenaan.

“Pada 10 Februari lalu, Datuk sudah mengarahkan petugasnya untuk menyemak kembali kontrak yang ditandatangani Nabil sebelum ini. Datuk ingin melihat sendiri kontrak berkenaan dan meneliti adakah benar Nabil sudah melanggar kontrak apabila dia mengeluarkan kenyataan media menyelar filem lakonannya sendiri. Datuk juga sedang mengumpul beberapa keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Nabil terhadap LPSdM.

“Pun begitu, Datuk belum memanggil saya sebagai penerbit bersama untuk duduk berbincang secara serius mengenai tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap Nabil. Bagi saya, secara dasar Nabil terbabit dalam dua kes iaitu gagal memberikan komitmen kepada promosi LPSdM dan mengeluarkan kenyataan media berbau negatif terhadap filem lakonan sendiri.

“Saya sendiri tidak mahu memanjangkan perkara ini memandangkan LPSdM baru saja menjengah pawagam 11 Februari lalu. Namun, sekiranya Nabil terus mengeluarkan kenyataan atau kritikan negatif terhadap filem lakonannya selepas ini, Datuk dan saya akan berbincang mengenainya dan mungkin Nabil bakal berdepan dengan tindakan undang-undang,” jelas Aminah.

Aminah yang juga pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, menjelaskan sekalipun tanpa Nabil menyertai pasukan produksi memberikan promosi terhadap filem arahannya, dia tetap meneruskan perjuangan bersama artis lain memastikan LPSdM berjaya menggamit penonton ke pawagam, selain berharap filem berkenaan mampu mencapai sasaran kutipan tiket.

“Terpulanglah kepada Nabil nak berbuat apa saja, nak datang promosi atau tidak. Lu pikirlah sendiri Nabil... Bagi saya, ia bukan satu masalah. Yang penting saya tetap berpuas hati dengan lakonan jujurnya menerusi filem ini. Terus-terang, saya tak pernah marah atau merajuk dengan Nabil. Inilah hakikat dunia yang perlu saya terima,” kata Aminah.

Sementara itu, Nabil ketika dihubungi dan dimaklumkan bahawa dia bakal berdepan dengan tindakan saman, melahirkan perasaan kesal dan bersalah terhadap beberapa kenyataan media yang pernah dibuatnya sebelum ini, sekali gus memohon maaf kepada penerbit, pengarah dan seluruh tenaga produksi LPSdM, selain karyawan seni yang tersinggung dengan kata-katanya yang disifatkan terlalu jujur serta telus, sebaliknya mengundang padah.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan keterlanjuran kata-kata saya sebelum ini. Saya silap percaturan. Sekarang baru saya tahu, saya tidak boleh memberikan komen negatif terhadap filem lakonan sendiri. Saya juga baru dimaklumkan, saya adalah artis pertama yang memberi kritikan pedas ke atas filem sendiri.

“Saya sekadar memberi komen yang jujur terhadap filem ini, tak mahu hipokrit. Baru saya sedar, kritikan yang terlalu telus memakan diri sendiri. Apabila ada ulasan daripada pihak wartawan yang memberi komen negatif terhadap LPSdM selepas majlis pra-tontonnya baru-baru ini, saya berpendapat, apa salahnya saya juga melahirkan kritikan yang selari dengan mereka, rupa-rupanya ia satu kesilapan.

“Semua yang saya lalui ini, adalah perkara baru dalam hidup saya. Sekarang apabila sudah terkena batang hidung sendiri, baru saya belajar kerana sebelum ini tak ada pengalaman langsung. Bagi saya, jika kita tak buat kesilapan, kita tak jumpa jalan yang betul. Terus-terang, ketika saya mengeluarkan kenyataan itu, saya tak berniat langsung memboikot filem ini atau menghalang orang ramai menontonnya di pawagam.

“Saya sekadar meluahkan perasaan secara jujur. Saya sedar, produser sudah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembikinan filem ini. Tambahan pula filem ini menggunakan tagline saya sebagai judul, sekali gus LPSdM memberi impak yang besar kepada diri saya. Justeru, sudah pasti saya mengharapkan filem kedua lakonan saya ini berjaya di pawagam.

“Namun, disebabkan keterlanjuran kata-kata sendiri, tanpa disedari saya sudah melukai hati banyak pihak. Justeru, sekali lagi dengan rasa rendah diri, saya mohon maaf kepada Datuk Suhaimy (Othman), Aminah Rhapor dan semua yang tersinggung. Saya mohon perkara ini tidak dipanjangkan dan diheret hingga ke mahkamah,” jelas Nabil yang menyesali keterlanjuran kata-katanya.

Harapan Nabil, pihak produksi memberinya peluang memperbaiki kesilapan memandangkan dirinya masih terlalu mentah di dalam industri hiburan. Dia juga berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi demi masa depan yang masih terlalu panjang perjalanannya.

“Insya-Allah untuk produksi dan filem akan datang, saya berjanji akan memberikan komitmen terbaik. Namun, dalam masa terdekat, saya mengharapkan orang ramai terus memberikan sokongan kepada LPSdM, ada rezeki box-office! Seluruh jentera produksi sudah memberikan yang terbaik untuk memastikan filem ini memenuhi cita rasa. Justeru, terpulanglah kepada peminat membuat penilaian, moga anda terhibur,” kata Nabil.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-