Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 26, 2010

Harith Iskandar bakal kahwin hujung tahun nie dgn model @ student medic berusia 27 tahun berbangsa cina

Share








SETELAH sekian lama membujang, pelakon dan pelawak, Harith Iskander mengakui bakal mengakhiri zaman bujangnya akhir tahun ini.

Jejaka yang berusia 43 tahun itu turut memberitahu akan melangsungkan perkahwinan bersama gadis kacukan Cina - India, Jezamine Lim, 27 yang juga seorang doktor, pada akhir tahun ini.

"Saya sudah pun bertunang secara tidak rasmi pada 14 Februari lalu setelah setahun perkenalan, pada awalnya kami merancang untuk berkahwin pada 10.10.10 namun ramai yang mengambil tarikh tersebut untuk melansungkan perkahwinan.

"Jadi kini kami masih lagi mencari tarikh yang paling sesuai," ujar Harith
Ketika ditanya tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya itu, Harith mengakui Jezamine merupakan seorang yang istimewa dan terbaik pernah dijumpai setakat ini.

"Saya tersentuh apabila ketika kami sedang duduk minum bersama dan ada seorang datang minta sedekah dan dia suruh mereka duduk dan makan bersama kami. Dia sangat baik hati.

"Dia menyukai saya bukan kerana saya Harith Iskandar, malah dia tidak kenal siapa saya. Saya dapat rasakan dia menyintai saya kerana saya bukan kerana harta benda atau populariti saya,"

Menurut Harith, perkenalan yang bermula di laman sosial Facebook awal tahun lalu telah menimbulkan bibit-bibit cinta setelah 5 bulan berkawan.

"Pada awalnya saya hanya mahu berkawan tapi keserasian antara kami membuatkan saya yakin untuk bersama dengannya.

"Kami saling memberi pendapat ketika berhadapan dengan masalah, seboleh-bolehnya saya dan dia tidak mahu pergaduhan atau masalah itu berpanjangan," ujar Harith.

Sementara itu, Harith memberitahu Jazemine masih lagi dalam proses mempelajari agama Islam sebelum benar-benar bersedia untuk memeluk Islam.

"Dia masih dalam proses mengenali Islam, Insya-Allah dalam masa terdekat ini dia akan masuk Islam tapi biarlah dia benar-benar bersedia terlebih dahulu," ujarnya Harith yang bakal berlakon dalam teater Cuci the Musical 2 pada Julai hadapan.

Gambar Jazemin kekasih harith~model sambilan dan pelajar medic di melaka

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-